🌺- Bab 121

177 15 1
                                    


Langkah ingin mendekati kereta terhenti tiba-tiba apabila ternampak Aminah dan Saleha yang baru sahaja keluar dari pintu kolej. Pandang benci diberi kepada mereka.

Amymas memandang satu sama lain. Terukir senyum jahat dibibir mereka dan kaki terus menuju ke arah Aminah dan Saleha.

Amymas menarik tangan mereka menuju ke belakang kolej, dibelakang itu jarang ada orang lalu. Aminah dan Saleha agak terkejut dengan tindakan Amymas.

Ingin menepis tangan mereka tetapi tidak mampu kerana jumlah Amymas lebih ramai dari mereka. Aminah dan Saleha ditolak kasar di dinding kolej itu, kedengaran mereka mengadu sakit.

"Arghh.. kau kenapa?!" Tanya Aminah separuh jerit, sejujurnya memang sakit kena tolak dekat dinding itu, batu pula tu.

"Korang nak apa lagi? Tak jemu-jemu ke asyik kacau kitorang? Hah?!" Kini Saleha pula yang bersuara.

"Dari dulu sampai sekarang.. korang memang kejam! Aku dah agak yang korang tak akan berubah.. semua yang korang buat baik selama ni, hanya lakonan semata-mata je kan?!" Jerit Aminah.

Boleh menanah telinga dengar minah ni menjerit. Danisya dan Emysha mengeliatkan kepala mereka apabila terasa perit dibahagian telinga. Boleh sakit telinga dengar diorang menjerit.

"Kau siape nak menjerit dekat aku bro? Kau ingat aku pekak sangat ke ah?" Marah Danisya

"Dah tu.. kau tu sapa nak buli aku setiap hari? Kau ingat aku tak ada hati dan perasaan macam kau ke?" Balas Aminah balik dengan jeritan yang kuat.

"Aku manusia lah sengal! Kau tu je binatang tak reti cakap elok-elok. Aku tak pekak macam kau lah hanat!" Maki Danisya geram.

"Tolonglah jangan asyik buli kitorang. Hidup aku tak tenang bila asyik kena buli dengan korang je tahu tak!?"

"Ye ke? Kau dah besar tapi otak dekat lutut. Kena buli dekat kolej macam kena buli dekat tadika kenapa? Kau tak berani lawan ke?"

"Aku tak melawan sebab aku tahu kalau aku melawan aku sendiri yang dapat padah! Kau berduit, kau ada harta, kau kaya dan kau boleh je buat apa-apa. Aku miskin dan orang miskin memang selalu jadi mangsa buli pun!" Jerit Aminah melepaskan geramnya.

"Ouh ye ke?" - Kaisara

"Aku sebenarnya bukan nak buli kau ke apa tapi ada sebab yang aku tak boleh terima yang buat aku buli kau ni" beritahu Danisya tenang sambil sandar dikereta yang ada disitu bersama Emysha.

"Sebab apa pula?!!"

"Aduh kau ni.. cakap slow-slow cukuplah. Tak payahlah nak menjerit macam kau nak beranak, orang beranak pun tak macam kau..." Tegur Danisya lembut, dia ingin berbincang elok-elok dengan mereka berdua.

Aminah dan Saleha diam.

"Rumah kau dekat mana?" Emysha mula bertanya apabila melihat Aminah dan Saleha berdiam diri.

Emysha dan Danisya sandar di kereta tersebut sambil membelek kuku sendiri. Mereka ni pembersih diri tapi bukan pembersih rumah. Aminah dan Saleha dipandang menggunakan ekor mata.

"Kau nak tahu rumah kitorang kenapa? Kau nak buat apa dengan rumah aku?" Soal Saleha kasar.

"Aku tahu kau nak hina rumah aku sebab rumah aku buruk kan.. dan aku tak akan sesekali bagi alamat rumah aku dekat kau!" - Aminah.

"Laa.. kau ni. Aku bukannya jahat sangat nak hina kau miskin. Aku pun bukannya kaya mana pun, aku bukan anak dato.. Cuma aku ada benda lain yang aku tak puas hati dengan keluarga kau.." - Emylia

"Tak puas hati? Apa maksud kau? Korang tak puas hati dengan siapa?"

"Family korang ada sapa je?" Tanya Emylia dengan tenang, mata tak berkelip memandang mereka berdua.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now