🌺 - Bab 101

203 17 0
                                    

Kerana coklat, keropok, gula-gula, aiskrim, dan pelbagai lagi makanan yang tidak berkhasiat susah habis di dapur rumah Amymas. Mereka berbincang untuk pergi beli semua itu di hero market. Tidak menunggu lama, mereka sudah pun bersiap untuk pergi membeli kesemua makanan yang dikatakan penting bagi mereka tu.

Amymas memasuki ke dalam kereta lalu, Emysha terus menghidupkan enjin keretanya. Kereta laju meluncur menuju ke Hero Market. Apabila sampai terus kereta diparking, Amymas terus keluar dari kereta dan memperbetulkan pakaiannya.

Kereta tidak sabar untuk beli makanan yang dikatakan penting sangat untuk keperluan hidup mereka terus laju kaki menuju masuk ke dalam Hero Market tersebut.

Amymas mengambir kesemua jenis keropok, gula-gula, coklat, air gas, susu, dan macam-macam lagi. Semua yang mereka rasa berminat dan sedap terus mereka mengambil tanpa perduli harga mahal atau tidak.

Semasa mereka ingin menuju ke kaunter. Kaisara terlanggar seseorang yang berbadan sasar sehingga Kaisara hampir sahaja terjatuh tetapi nasib baik dia boleh menahan diri sendiri daripada tercium lantai. Terus lelaki itu dipandang dengan pandangan yang sangat tajam, tetapi pandangannya terus berubah terkejut apabila memandang lelaki itu.

"Pakcik?!"

Daniel mamandang mereka dengan keadaan selamba tanpa berkata apa-apa. Daniel memeluk tubuh dengan wajah yang saling berganti memandang Amymas bersama troli mereka dan Rayyan yang berada disebalahnya.

"Pakcik buta ke?" Mahu sahaja Kaisara terajang lelaki itu kerana Daniel telah buat dia hampir jatuh tetapi boleh pula Daniel tak minta maaf.

Danisya berpura-pura batuk dan dia memandang Kaisara sambil ibu jarinya membuat gaya ingin memotong leher kepada Kaisara. Kaisara pelik tetapi tidak sampai 2 saat dia tahu apa maksud Danisya. Kaisara terus memandang Daniel.

"Opss! Silap.. Encik Daniel. Encik Daniel ni buta ke? Saya besar macam gajah dekat sini kenapa Encik Daniel boleh buta pula? Kalau buat kenapa tak pakai spek?" Soal Kaisara dengan suara yang agak lembut dan kedengaran manja.

Rayyan yang terlalu mintakan Kaisara itu bagaikan nak pengsan sahaja dengan Kaisara kata begitu kepada Daniel. Emysha, Emylia dan Danisya sedar bahawa Rayyan ada jeling rakan baiknya sendiri terus juling biji mata mereka dibuatnya.

"Awak tu yang buta. Saya tak jalan kesana kesini kesana kesini pun. Awak tu berbual sampai tak pandang depan. Kenapa nak salahkan saya pula?" Tegur Daniel dengan suara yang tegas.

"Ouh. Saya salah ke? Tapi kenapa saya rasa salah pakcik? Eh eh.. typo lagi. Encik Daniel. Kenapa eh?" Soal Kaisara dengan suara yang masih lembut.

"Ingatkan dah berubah tapi kenapa salah sendiri masih taknak mengaku ah? Ke awak berubah ala-ala kadar ke? Tak ikhlas ke?" Soal Daniel tegas, memang susah nak percaya dengan Amymas.

"Kai, awak apa khabar? Sihat?" Soal Rayyan tiba-tiba, membuatkan semua mata memandang Rayyan yang tengah senyum kepada Kaisara itu.

Kaisara terkejut apabila namanya disebut.

"Tak sihat. Awak.. apa khabar? Sihat?"

"Awak tak sihat? Awak sakit dekat nama? Mai saya tengokkan. Awak nak saya bawak awak pergi klinik ke, hospital ke bilik bedah ke.. nak? Kesiannya awak" Rayyan yang ingin mendekati Kaisara itu terus ditahan oleh Daniel.

Daniel berdehem sedikit.

"Saya taknak lah cari gaduh dengan awak sebab awak dah berubah tak macam dulu dah. Jadi.." Daniel terpandang troli Amymas "Apa semua ni? Ada kenduri ke?" Soal Daniel sambil memandang Amymas semula.

"Mana ada kendurilah! Ini semua untuk kitorang, kitorang tak habiskan duit untuk orang semata-mata. Membazir ke bagi duit kitorang dekat orang yang tak kenal" balas Danisya.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now