🌺 - Bab 48

291 23 1
                                    

Kedua-dua perempuan itu duduk di sofa yang sedia ada di situ dengan cara memeluk tubuh apabila Amymas dan Lucky Girls mengepung mereka, itu kerana tidak mahu mereka lari.

Sebenarnya kedua-dua gadis tersebut kelas sama dengan Lucky Girls. Jika Lucky Girls tidur atau tak siap assignment, semua dekat kelas itu akan kena denda.

"Kau beritahu aku kenapa kau suruh aku buat kerja mak kau ni? Sebab apa?! Kau ingat mak kau bayar aku ke untuk buat semua kertas exam dia?" - tengking Danisya.

"Mak korang cikgu ke?" Soal Emysha.

"Mestilah cikgu! Nama pun kertas exam kan! Bodoh betul kau ni. Tapi mak sapa yang cikgu?" Tanya Lucy kepada kedua-dua perempuan tersebut.

"Confirm lah dua-dua. Ada pun dua kotak diorang bagi kita kan. Tah-tah satu kotak kerja mak dia.. lagi satu dia ni yang banyak cakap ni!" Jawab Emylia menunjuk dua orang perempuan tu!

"Kertas exam lama ke baru?" Tanya Emysha tenang.

Mereka tidak menjawab malah menunduk muka. Bisu? Pekak? Mana satu. Soalan mudah tak boleh nak jawab.

"Aku tanya tu jawablah!" Kata Emysha tegas.

"Ba..baru" jawabnya gagap.

Kaisara terkejut.

"Ouh.. So kertas exam ni mak kau nak pakai lah?" Kaisara memeluk tubuh "Macam mana nak buat kalau dah conteng macam ni?"

"Tu lah korang ni! Otak dekat lutut.. korang bukan tak kenal i dengan geng i ni sapa kan? Dah tahu kertas nak guna yang bagi kitorang kenapa? Saja nak kena marah dengan mak kau ke?" Tanya Zatty kasar kepada kedua-dua perempuan.

"Kau kesiankan diorang ke?" Tanya Danisya seperti memerli Zatty, larang sekali Zatty kesian kan seseorang, kalau dia kesian kan orang tu, itu adalah benda yang paling pelik.

"Hallo! Tak ada isu kesian dalam kamus hidup aku!" Jawab Zatty Kasar

Mereka jahat, degil, biadab disebabkan itu mereka tidak rasa kesian langsung kepada kedua-dua perempuan tersebut apatah lagi rasa menyesal atas perbuatan mereka. Berani sangat kan cari pasal?

"Kenapa kau nak suruh kitorang buat kerja mak kau?"

Mereka masih membisu.

"Korang tak otak ke? Dah kenapa korang nak kena cari nahas dengan kitorang?"

"Korang ni macam tak kenal kitorang lebih mendalam lagi dan sebab tulah korang cari nahas dengan kitorang kan?" - Zatty

"Kau suruh kitorang buat kerja mak kau.. mak kau akan bayar gaji dekat kitorang ke? Tak kan? Memang patut pun kena conteng kertas exam tu. And then tu salah korang, korang yang nak pasal dengan kitotang pakai kertas exam kenapa?"

"Kalau nak cari pasal jangan pakai kertas exam yang belum guna, yang nak guna esok lusa... aku memang confirm gila korang akan kena lempang dengan mak korang" perli Sally pula.

"Aku nak kau jawab soalan aku dari tadi lagi, dari tadi lagi aku tanya, kau pekak ke? Apa masalah korang suruh kitorang buat kerja mak kau? Mak kau tak reti buat sendiri ke?" - Danisya

Masih lagi membisu disitu.

"Tah tah, mak diorang akan bagi ganjaran bila diorang buat kerja tu semua kan? Tapi yang aku pelik, apa function buka ubat stapler lepastu pasang balik ubat stapler tu. Korang sengaja nak buli kitorang ke? Tak ada function apa pun. Mencabar lagila tak kesampaian" Kata Emylia kepada betina dua ekoq.

"Tapi tulah.. kesian.. nak buli kitorang tapi kena dekat diri sendiri. Amazing" kata Sally selamba.

"Kau ni memang sah pekak ke? Soalan aku tak jawab lagi. Kau ni pekak yang tak dengar soalan ke bisu yang tak boleh menjawab soalan?" Sindir Danisya.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now