🌺 - Bab 70

225 19 3
                                    

Enjin kereta dimatikan, kunci ditarik dan dia pun keluar dari kereta menuju ke arah pintu masuk, dia melihat kiri kanan kerana berasa ada yang tidak kena dengan rumah itu.

Kenapa rasa lain malam ni? Rasa macam ada yang tak kena.. ke sebab aku yang baling lambat atau aku terlalu letih bisik hati dia dan dia menggosok lehernya. Rasa rumah sendiri ada hantu pula.

Dia membuka kunci dan sempat lagi memandang kiri kanan kerana curiga. Selepas kakinya masuk, dia sedikit terkejut apabila ada dua orang perempuan yang sangat dikenali ada di dalam rumah tersebut.

Kenapa mereka boleh ada dekat sini, macam mana mereka boleh masuk rumahnya, dia sudah berasa tidak sedap hati tetapi dia tidak takut dengan kedua dua perempuan itu.

"Apa korang buat dalam rumah aku?!"

Kedua dua perempuan itu hanya senyum sinis tanpa menjawab soalannya. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit akibat dihentak dari belakang dan matanya berat, rupa-rupanya ada lagi seorang di belakangnya, yang telah memukul kepalanya dengan kayu sehingga dia pengsan.

Mereka ada tiga orang rupanya dan itu adalah Emysha, Emylia dan Danisya yang telah memasuki rumah dia secara diam diam, bagus juga kau balik lambat senang sikit kerja aku!

Pandangan yang gelap kini semakin mencerahkan makan mata apabila ada sebuah lampu yang terang. Dia cuba membuka mata yang berat untuk melihat apa yang sudah berlaku.

Sekeliling dipandang olehnya, tangan cuba nak angkat tetapi dihalang kerana tangannya telah diikat. Kakinya turut diikat, dia pelik, apa yang dah berlaku terhadap dirinya!

Apabila dia memandang depan, dia agak terkejut apabila melihat ada tiga orang wanita yang sangat kenal sedang memandang ke arahnya dengan tajam. Dia menelan air liur dan tidak dapat berlaku apa apa kerana dirinya memang sudah diikat dengan ketat di atas kerusi tersebut

Mereka kelihatan sangat seram dan pakaian mereka semua berwarna hitam, seperti tiada arah hidup dan hanya penuh dengan kegelapan, selamanya. Wajah mereka seram dilihat kerana nampak seperti perempuan gangster.

Dia cuba lagi untuk melepaskan diri daripada kerusi tersebut tetapi tidak dapat! Dia memandang semula ketiga-tiga perempuan tersebut dengan wajah yang serabai dan rambut yang tidak disikat.

"Apa korang nak?! Macam mana korang boleh masuk rumah aku?! Apa korang nak buat ni ahh?!" Jeritnya dengan suara yang kuat.

Tetapi Emysha, Emylia dan Danisya hanya pulaukannya.

"Siapa korang?!" Tanyanya dengan bohong yang dia tidak kenal siapa mereka. Tetapi dia sangat kenal akan gadis itu.

Tiada suara yang membalas. Mereka hanya memain telefon tanpa memperdulikan jeritannya. Sekali pandang lelaki itu dan kembali ke screen telefon masing-masing.

"Sial lah diorang ni!" Masih lagi cuba untuk melepaskan diri.

Emysha, Emylia dan Danisya memang pulau kannya kaw kaw kerana sibuk dengan game yang mereka main itu. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis dengan game di telefon. Dia memandang ketiga-tiga gadis itu apabila mereka menjerit!

"Perghhh! Aku menang lagi, korang bilee lagiiii, yuhuuu!" Danisya berlompat gembira sambil menari dengan tarian yang paling bangang yang mereka pernah lihat.

"Kau tu nasib je tuu" kata Emylia.

"Korang kembar memang set-set kalah. So, dah kalah tu mengaku kalah je lah, hahahha! I'm winner! Korang loserr" kata Danisya lagi.

"Kau jangan berlagak sangatlah" balas Emysha sambil membuka earphone ditelinga.

Dia yang memandang itu sakit mata dan pedih telinga mendengar kata-kata mereka, mereka dah ikat dia dekat kerusi itu dan mereka boleh main game! Penculik ke si bangang?!

"Woii! Korang ikat aku dekat rumah aku sendiri tapi korang boleh main game, korang nak apa?! Korang gila ke?!!" Dia cuba untuk melepaskan diri.

Mereka terkejut apabila lelaki itu menjerit kepada mereka. Tadi tidak dengar kerana memakai earphone, apabila dah buka, berdesing telinga mereka apabila dengar lelaki itu menjerit macam orang gila.

"Kau ni apahal memekak?" Tanya Emylia tenang.

"Kau tu yang apahal?! Kau yang culik aku dekat rumah aku sendiri, bengap!! " marah lelaki itu balik "Korang nak apa haa? Korang gangster ke?!" Lelaki itu berpura pura tidak kenal.

"Kitorang datang sini nak cari kau lah, baby!" Kata Danisya dengan sengaja menyebut perkataan baby.

"Korang gila ke?!"

"Sapa nama kau?" Soal Danisya

"Tak payah nak sibuk dengan nama aku lah, sial!"

"Kau nak mati?" Soal Danisya lagi

"Apa yang kau boleh buat? Kau tu perempuan yang lemah, otak dekat kaki, akal dekat lutut, korang tak boleh buat apa apa lah! Jangan nak berlagak berani sangat la! Sekarang ni baik korang lepaskan ikatan ni!" Marah lelaki itu, dah lah marah lepastu menjerit pula tu.

"Kau ni nyanyuk ke?! Tak payah nak jerit lah bro. Kitorang ni tak pekak lagi. Boleh meletup dengar suara kau tahu tak?" Balas Emylia pula.

"Macam mana korang boleh masuk rumah aku? Apa korang nak sebenarnya ah? Korang psycho ke?!"

Emysha, Emylia dan Danisya memandang lelaki yang suka menjerit itu dengan pandangan sengaja dingeri kan. Nak buat dia takut lah kononnye!

"Kau kata kitorang apa? Psycho?"







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now