🌺 - Bab 28

372 28 6
                                    

Keesokkan harinya...

Kaisara membuka matanya perlahan-lahan. Terasa pergelangan tangannya sungguh sakit sekali. Biji matanya meliar sekeliling kawasan sekitarnya.

"Aku kat mana ni?" Soal Kaisara pada dirinya sendiri tetapi suaranya masih boleh didengari sekeliling dia.

"Dekat kubur. Nak tanam kau hidup-hidup!" Sahut satu suara yang amat dikenali oleh Kaisara

"Boleh pula kau tanya.. hoii! Kita kena kurung dalam sangkarlah siot! Kejadah apa kau Danisya.. memandai je kata dekat kubur" bidas Emysha dengan bengang, boleh buat lawak kurang cerdik, orang tengah tak sedap hati ni.

"Kenapa kita macam dekat penjara je?" Getaran di kepala Kaisara masih menganggu fikirannya.

"Wey! Kita dekat penjara ka?!" Kaisara separuh jerit kerana ketakutan, bila masa di masuk penjara ni?

"Penjara abah kau! Kita dalam sangkar lah bodo, baru je cakap tadi!" Danisya menyiku kepala Kaisara.

Emylia dan Emysha yang berfikir, apa yang akan berlaku kepada mereka selepas ini? Adalah Leon Chong tu akan bunuh mereka. Tetiba mereka terbau sesuatu yang berasap.

"Guys. Korang nampak tak asap tu? Asap apa tuh?" Tanya Emylia, asap itu betul betul terbang di hapadan sangkar yang mereka duduk itu.

Mereka terdengar suara yang ketawa dan menepuk tangan menghampiri ke arah mereka. Sepantas kilat mata mereka memandang ke arah suara itu. Leon Chong sedang menuju arah periuk yang besar dan dipenuhi dengan air yang mendidih.

"Lu orang baru bangun aa? Semalaman wa tunggu lu orang tau!" Leon Chong duduk diatas kerusi khas dia, iaitu salah satu belakang kucu-kucu dia. Kesian kena jadi kerusi, mesti lenguh.

"Apa yang korang nak buat ni?" Jerit Emylia

"Buat apa yang wa rasa patut wa buat maa. Lu orang sudah ceroboh tempat wa, takkan nak buat muka tak bersalah pula lu orang ini" Leon Chong ketawa sedikit.

"Kau nak bunuh kitorang hidup-hidup? Kau tahu tak membunuh tu berdosa besar? Kau tahu ke tak?!" Beritahu Danisya a.k.a ustazah.

"Hey..hey. Wa taknak dengar lu orang membebel, wa akan pastikan lu orang mati dekat tangan gua.. siapa suruh lu orang masuk rumah gua? Lu orang adalah orang pertama yang lalu tempat persembunyian wa. Kalau wa lepaskan lu orang, lu orang akan beritahu polis" terang Leon Chong dengan senyuman sinis.

"Kita orang pertama yang tahu? Habis tu kucu-kucu dia tu, hantu ke?" Bisik Danisya kepada Emysha.

"Tok cik nak cakap Gua ke Wa? Salah satu boleh tak? Nasib baik aku bersekolah boleh la faham sikit-sikit apa yang disampaikan oleh Tokcik tu. Kalau orang yang tak sekolah macam tarzan tu macam mana nak faham agaknye?" Danisya memberitahu dengan nada yang selamba.

"Lu orang banyak menyusahkan gua"

"Tapi.. Tokcik bukan tok nenek kami yang jaga kami selama ni. Tokcik kan baru je kenal kami, tu pun macam tak kenal. Sejak bila kami menyusahkan Tokcik?" Emylia mengaru dagunya untuk berfikir.

"Lu akan mati ditangan gua!"

"Ditangan siapa? Tangan tokcik? Masyaallah. Ajal itu ditangan tuhan, pakcik siapa nak berlagak macam tuhan?" kau memang minta kaki betul lah Danisya.

"Tokcik! Maafkan lah kami!" Rayu Kaisara buat-buat menangis.

"Wa paling benci perkataan maaf!"

"Pakcik! Ampun kan lah kami!"

"Bos, bila kita nak masak dia?" Tanya Rudy yang diam dari tadi.

"Tunggu! Gua nak bermain dahulu!" Bisik Leon senyum sinis.

"Bos, tapi kalau tunggu lama-lama dah buang masa. Baik kita bunuh je bos, lepastu bos boleh makan diorang" Rudy sudah mengatakan hal buruk.

Amymas terkejut, orang makan orang? Mereka takut dan mereka sangat panik. Taktahu apa harus mereka lakukan ketika itu, mana adalah jalan lain dah nak keluar. Sah-sah mereka dikurung dalam sangkar, macam sangkar harimau.

"Tokcik! Membunuh berdosa! Tolonglah lepaskan kitorang!" Rayu Danisya kepada Leon Chong dengan wajah yang sedih.

"Wa kena masak lu orang hidup-hidup sebab kalau lu orang terlepas. Lu orang akan beritahu polis pasal semua ni"

"Tak! Kitorang tak tahu polis tu apa, kitorang pun tak sekolah macam TokCik juga! Kita sama-sama bodoh" Sempat Danisya menyindir Leon Chong.

"Tokcik jahatlah! Tokcik akan menyesal dan roh saya akan menganggu Tokcik sehingga tidak senang duduk. Hahaha" Jerit Emylia sengaja nak takutkan Leon Chong tetapi lelaki itu langsung tak takut.

Sebaik sahaja kata-kata Danisya habis, ada seorang memanggil Leon Chong untuk ke ruang bigboss. Apahal taktahu. Amymas hanya memerhatikan dengan pelik. Apa yang berlaku?

Mereka semua pakat pergi dari situ seperti orang emergency tetapi disitu hanya tinggal seseorang lelaki sahaja, mnereka tak kenal. Seram sejuk apabila lelaki itu pandang ke arah mereka.

Lelaki bertopeng itu berjalan ke arah air yang mendidih itu dengan secara tiba-tiba lelaki itu menolak air itu sehingga tumpah ke atas tanah, Amymas terkejut.

Lelaki itu tidak berpihak dengan Leon Chong ke? Dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sesuatu terus dipaling ke arah sangkar yang Amymas duduk itu. Kunci?

Lelaki itu terus pergi dari situ, kunci itu terus diambil dan dibuka kunci mangga besi itu. Mereka berlari keluar secara perlahan-lahan melalui pintu pagar belakang yang mereka nampak.

Mereka berlari menuju ke tempat khemah mereka semalam kerana macam-macam barang yang penting ada dekat situ, apabila semua sudah diambil. Mereka cepat-cepat lari mendapatkan kereta mereka.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now