🌺 - Bab 119

178 13 1
                                    

Amymas dengan keadaan marah terus masuk ke dalam dewan itu dengan biadab tanpa memperdulikan Tuan Malik yang tengah mengajar.

Kebetulan kelas Lucky Girls bergabung dengan kelas Amymas. So, murid yang dah ramai itu menjadi lebih ramai..

Lucky Girls memandang ke arah pintu dewan itu apabila pintu itu dibuka kasar. Terkejut melihat Amymas yang tiba-tiba sahaja muncul, kata balik kampung?

Malik yang mengajar itu jugak terkejut apabila melihat Amymas, masuk dengan biadab, bukan sejak semenjak ni diorang ada beri salam ke tapi kali ini tidak?

Malik memandang ke arah Amymas yang ingin pergi duduk, beg galas heret sampai kena lantai itu langsung tidak peduli. Dah kenapa diorang ni?

"Amymas!" Panggil Malik kasar.

Langkah Danisya terhenti dan dia telah menghalang langkah Emysha, Emylia dan Kaisara dibelakangnya. Wajah Malik tidak dipandang, nak kata biadab ada juga. Emysha sempat lagi memakai earphone kerana malas nak bersuara atau berperang mulut dengan Malik tetapi kaki tidak jalan pergi dekat tempat duduk kerana dia nampak ada beberapa orang dari kelas Lucky Girls duduk ditempat mereka.

"Kamu sedar tak sekarang dah pukul berapa? Kenapa masuk lambat?" Malik melihat jam tangan yang dipakainya itu dan kembali memandang Amymas.

"Lek ah! Lewat berapa minit pun nak kecoh!" Rungut Danisya selamba sambil menjeling Malik menyampah.

"Lewat berapa minit apa? Sudah 4 jam 30 minit berlalu kamu tahu tak? Nak dekat tengah hari dah ni" tegur Malik tegas.

Amymas hanya menjeling..

"Saya tengok kamu ni macam lepas menangis je. Ada yang tak kena ke, Amymas? Atau kamu sakit?" Soal Malik pelik, mata Amymas kelihatan kemerahan

"Tak payah nak sibuklah! Memang saya selalu datang awal pun kan nak kecoh kenapa, macam tak biasa dengan kedatangan awal saya?" Perli Emylia

"Datang awal yang kamu kata tu dulu sewaktu kamu belum insaf! Jangan kata dekat saya yang kamu kembali ke perangai asal kamu!"

Amymas ni pun satu. Jarak nak ke kampung dah nak dekat dua jam. Tambah lagi balik.. boleh diorang datang kolej walaupun dah lambat. Selalunya ponteng terus.

Lucky Girls hanya menjadi penonton bersama pelajar yang lain. Tiba-tiba Danisya terpandang ke arah Aminah dan Saleha yang tengah duduk sekali itu, pandangan benci dihadiahkan.

Lucky Girls nampak yang Danisya memandang Aminah bersama Saleha, di mulut Danisya kelihatan ada senyuman jahat. Lucky Girls dah dapat tahu maksud disebalik senyuman jahat itu..

"Kamu ingat kolej ni kolej bapak kamu ke? Sesuka hati mak bapak kamu je ke nak datang pukul berapa" Tegas suara Malik sehingga Mak bapak pun dikaitkan sekali.

Emysha dah memang tak dengar kerana dia membuka lagu dengan kuat tetapi Emylia, Kaisara dan juga Danisya memandang ke arah Malik sekilas.

"Tuan Malik jangan nak naikkan darah saya! Mak bapak tak payah nak sebutlah! Tuan Malik tu dah tua, fikir sikit kubur tengah melambai!" Danisya menjeling.

"Alamak ai.. Tuan Malik ni.." - Emylia

"Apa perasaan Tuan kalau saya main nama mak bapak Tuan Malik? Bukan setakat mak bapak ja.. nenek moyang Tuan yang dah lama mampus tu pun saya kaitkan sekali.." - Danisya

"Kamu jangan nak biadab, Danisya, Emylia! Sekarang baik kamu pergi duduk tempat kamu!" Tegas suara Malik memarahi Amymas.

Danisya menarik begnya dengan kasar terus dia menuju ke arah Aminah dan Saleha. Di belakang mereka, ada Lucky Girls. Emysha terus membuka earphone.

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now