🌺 - Bab 14

484 37 4
                                    

Daniel mengeluh berat, dia masih bersabar dengan perangai mereka berempat ini. Kalau ikutkan dia dah bagi kaki dah, nasib baik perempuan. Dah 20 tahun tapi perangai macam budak 7 tahun!

"Pakcik tanya apa tadi eh?" Soal Emylia.

Daniel menggenggam penumbuk sebelum menjawab.

"Saya tanya kenapa tak datang kolej?" Soalan tadi diulang kali ke-3 rasanya.

"Ha? Apa pakcik? Tak faham lah. Bahasa siam ke tu?" Emylia pura-pura garu kepala, dan buat-buat tak faham dengan soalan berikut.

"Bukan bahasa siam lah! Tu kan bahasa tamil" Kaisara membantah kata-kata Emylia.

"Salah tu, bukan tamil tapi cina" Danisya pula yang menegur!

"Korang ni.. ada hati nak perbetulkan kata-kata masing-masing kan.. dah lah semua salah. Dia kan tengah cakap bahasa... orang asli" Emysha pula berkata.

"Bengong sama-sama bengong!" Sambung Emysha perlahan.

Mereka berperang mulut apabila semua tak puas hati, masing-masing nak menang! Bergaduh sebegini adalah salah satu strategi untuk melarikan diri. Daniel pula hanya melihat kecik besar kecik besar je.

"Tak kelakar langsung!" - Daniel

Mereka semua tengah bergaduh itu terus memandang Daniel dengan pantas. Apa dia ni tengah cakap? Tak kelakar?

"Excuse me! Ada kitorang ketawa ke gelak ke.. ada? Tak ade kan? Kitorang tengah bergaduh lah sengal! " Emylia jeling, lantak lah nak maki pun, beza berapa tahun je.

"Bahasa melayu tu kan budaya kita. Kenapa nak babitkan dengan bahasa lain?" Suara Daniel agak tegas apabila menegur mereka.

"Okey fine! Kalau korang buat perangai macam ni.. taknak jawab soalan mudah yang saya tanya.. tak apa.. awak semua boleh balik tapi markah awak semua tolak 2 kali ganda" kata Daniel memandang mereka semua saling bergilir.

"Tapi yang tu untuk bising dalam kelas tadi.. yang melawan cakap saya ni.. tolak 2 kali ganda markah awak.. so total dia.. hmmm.. saya tolak 4 kali ganda lah jawabnya" sambung Daniel senyum jahat.

"Ha.. ha.. ha.." Emylia sengaja ketawa tersangkut-sangkut. Daniel pasti bergurau tu.

Mereka agak terkejut dengan kata-kata Daniel itu. Tolak markah? What the hell, mamat sepet? Kau memang nak cari pasal ni.. dah lah tanya soalan maut.

"Pakcik gurau kan?" Tanya Kaisara sambil kecil kan mata? 4 kali ganda gais!

"Saya tak pernah bergurau dalam hal macam ni" balas Daniel tegas.

Ni kali pertama ada pensyarah ugut mereka seperti ini.. dia ni bela saka ke? Kalau bela saka tu, confirm saka betina.

Amymas pandang satu sama lain, menghadiahkan muka terkejut masing- masing. Selepas itu kembali melihat Daniel, muka mereka yang selamba badak, taktahu malu itu bertukar kepada muka merayu serta-merta.

"Pakcik please lah! Jangan tolak markah kami! Kami tak janji kami akan datang kolej setiap hari!" Rayu Kaisara.

"Betul-betul! Kami tak boleh janji kami akan dengar cakap" - Danisya

"Jangan tolak markah kami! Kami tak janji kami akan siapkan assignment!" - Emylia

Emysha hanya diam sahaja.

Diorang ni sengaja agaknye.. semua 'tak' , 'tak' dan 'tak' ! Daniel bertambah geram pula apabila melihat mereka berempat itu, merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan sujut hormat! Daniel dapat rasakan semua ni tak ikhlas langsung, yes.. langsung tak!





___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersWhere stories live. Discover now