🌺 - Bab 91

212 15 4
                                    

Amymas memandang Lucky Girls geram. Syarat apa yang diorang suruh mereka buat sampai macam tu sekali. Bagi Lucky Girls mereka langsung tak rasa apa-apa bagi syarat yang begitu dekat.

"Aku taknak korang minta maaf dekat mangsa korang lepas apa yang korang dah buat" Lucy berkata dengan selamba.

"Ha.. ni aku ada benda alah ni.." Sally membuka begnya dan mengeluarkan sesuatu benda yang susah nak percaya.

Terkejut Amymas melihat apa benda yang telah Lucky Girls. Mereka seperti tidak percayakan Amymas langsung. Microphone yang dilengkapkan dengan speaker dikeluarkan untuk mereka dengar dari jarak juah.

"Aku rasa kita start dengan Kaisara lah ye.." Lucy senyum jahat, nak berkawan mesti ada syaratnya.

Kaisara memandang lelaki yang bermisai dan berjanggut di kaunter tersebut, goda? Aduih apa masalah Lucky Girls ni. Kaisara merampas microphone dari tangan Sally, otak kaulah nak kena pakai benda alah ni.

Kaisara mengeluh berat sebelum melangkah pergi ke arah lelaki tersebut, dia memandang sahabatnya dan Lucky Girls. Danisya dan Emylia seperti memberi kata semangat dan Lucky Girls ketawakan dia walaupun tidak mula misinya lagi.

Kaisara seperti susah nak senyum tetapi dia terpaksa senyum, kau tengok aku Lucky Girls! Dia pergi ke arah lelaki tersebut dan dia bersandar dikaunter itu dengan senyuman menggoda.

"Selamat datang, Cik nak oder apa?" Soal lelaki itu dengan penuh senyuman dan sopan.

Kaisara memandang lelaki tersebut, jarinya berpusing-pusing diatas meja sambil membuat bentuk bulat.

"Hello Cik? Cik nak oder apa?"

"Saya nak oder hati awak boleh?" Jawab Kaisara dengan suara yang romantik "Cia..cia..cia" Kaisara membuat asyik gedik dan sempat menjeling Lucky Girls. Kau ingat aku tak boleh buat?

Terkejut lelaki itu mendengar

"Cik nak makan apa ni? Pelanggan saya ramai lagi dekat belakang tu" kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah pelanggannya.

Kaisara menoleh belakang sambil tersengih dan memandang lelaki itu semula, dia senyum dekat lelaki tu.

"Saya nak makan awak boleh?" Jawab Kaisara sambil mengusap lengan lelaki tersebut.

Lelaki itu menarik tangannya. Pelanggan dibelakang Kaisara mula berbisik-bisik. Lelaki itu pelik memandang Kaisara, cantik tapi bengong. Gila ke perempuan ni, pelanggan aku ramai lagi dekat belakang tu bisik hati lelaki itu sambil mengaru kepala yang tidak gatal.

"Cik, saya tak ada masa ni" kata lelaki itu dengan serius.

"Tulah.. kita dah tak ada masa, jom lah kahwin cepat. Kita kan kena kejar masa" Kaisara tersengih dihadapan lelaki itu dengan suara yang lembut.

"Hoi! Cepatlah, apasal lambat sangat!" Jerit salah satu pelanggan yang kelihatan gangster dibelakang itu, lama betul perempuan ni.

Kaisara menoleh belakang, dan dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang tajam. Kau yang datang lambat, kau oder pun lambatlah.

"Kau tak reti sabar ka?!" Balas Kaisara, habis keluar suara jantan. Tadi bukan main lembut lagi bahasa.

Kaisara memandang lelaki di kaunter itu semula dengan muka yang marah dan terus bertukar dengan senyuman yang menggoda.

"Maaf baby.. tak sopan" Kaisara masih mengusap lengan baju penjaga kaunter itu sambil sengih, malu-malu kucing.

"Awak ni kenapa? Tolong jangan ganggu saya boleh? Ramai lagi pelanggan saya dekat belakang awak tu" kata lelaki itu dengan tegas, ini adalah kali pertama dia melayan pelanggan gila macam ni.

"Lantaklah dekat diorang. Bukan saya nak kawin dengan diorang, saya nak kawin dengan awak. Jom kita kawin nak?" Soal Kaisara senyuman menggoda.

"Tapi saya tak kenal awak" balas lelaki itu.

"Awak ingat saya kenal awak ke? Saya tak kenal awak juga. Pelanggan awak tu lantak dekat dialah! Kau ingat aku kisah!" Kaisara tersedar yang dia tersasar kata "Ops.. terkasar bahasa pula" Kaisara sengih semula sambil senyum.

"Hoi, perempuan! Cepatlah sikit, kau dok tergedik-gedik dekat situ apahal?!" Marah pelanggan yang sama.

Kaisara tidak memperdulikannya.

"Sayang sayang sayang?" Malah Kaisara bertanya kepada penjaga kaunter tersebut, jarinya menyentuh sekeliling objek yang berada berdekatan dengannya.

"Awak tolong jangan ganggu saya boleh tak?! Tak ada masa nak bermain lah!" Kata penjaga kaunter itu dengan serius.

"Saya nak kawin dengan awak je.. awak jangan marah saya. Saya tahu saya salah tapi jangan lah marah saya. I hate you!" Kaisara membuat muka merajuk di kaunter tersebut.

"Kalau awak taknak oder makanan untuk awak makan, awak boleh ketepi tak? Saya ada banyak pelanggan. Tolong jangan ganggu saya!" Lelaki itu malas nak layan kaenah Kaisara.

"Saya nak couple dengan awak boleh?" Tanya Kaisara tanpa memperdulikan kata-kata lelaki itu.

"Saya dah berpunya. Tolong ke tepi" kata lelaki itu tegas, dia senyum kepada pelanggan dibelakang Kaisara tanda minta maaf. Kemudian memandang Kaisara semula.

Kaisara seperti tidak tahu nak kata apa dah selepas itu. Dia nak buat juga sebab nak berbaik dengan Lucky Girls. Amymas taknak sebenarnya tetapi bila ingat mama, ingat perkataan maaf.

"Putuslah dengan dia, bukan susah pun! Tu pun aku nak kena ajar je?! Aku cakap aku nak couple dengan kau tu.. aku nak couple dengan kau lah, kau tak faham bahasa ke?" Kaisara memarahi lelaki itu dengan badan ditegaskan, tiba-tiba Kaisara tersedar ayat dia "Maaf sayang.. terkasar bahasa lagiii.. sorry okey" Kaisara senyum dan dia memandang lelaki itu senyuman.

Lelaki itu memandang Kaisara yang seperti ada split personality. Lelaki itu tak tahu nak jawab apa dah, dia memandang belakang Kaisara, ramai gila pelanggan.

"Okey.. okey. Kita couple okey?" Kata penjaga kaunter itu, akhirnya dia mengalah juga.

"Terima kasih sayang.. i love you bebeh! Thank you sayang sebab couple dengan i, i nak duit penghantaran sebanyak 10 juta okey" Kaisara sengih kepada lelaki itu.

Ajak couple tapi cakap duit penghantaran, gila.

"Saya dah couple dengan awak kan sekarang.. tolong jangan ganggu saya.." belum habis lelaki itu berkata Kaisara memotong terlebih dahulu.

"Ha? Sayang.. kita dah couple pun kan.. kena awak nak kena larang saya jangan ganggu awak? Couple apa macam tu?" Kaisara memandang itu tajam dan bahasa kasar.

Lelaki itu menepuk hatinya.

"Maksud saya jangan ganggu saya nak kerja. Saya ada banyak pelanggan dekat belakang awak tu.." balas lelaki itu.

Kaisara sengih, dia memberi laluan untuk pelanggan seterusnya, kelihatan kesemua pelanggan memandang Kaisara dengan pandangan yang tajam. Kau tengok-tengok apa?

Seorang pelanggan lelaki itu telah pun pergi, Kaisara terus memotong dan memandang lelaki itu semula dengan senyuman menggoda.

"Kita putus! Kau bukan hemsem pun, bermisai, berjanggut. Tak hemsem! Kita putusssss" rengek Kaisara kasar sambil menghentak tangannya diatas meja.

Kaisara terus pergi dari situ. Lelaki itu memandang Kaisara pelik, gila ke perempuan ni? Ni kalau girlfriend aku tahu mesti dia marahkan aku bisik hati lelaki itu.









___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! 😉

Miss TroubleMakersजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें