Bab 1

33.8K 893 25
                                    

Just want you to know one click at the vote, you make me appreciate it.

Thank you.

***

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Baju melayu hitam yang sudah lengkap tersarung pada tubuh ditilik dihadapan sebuah cermin besar. Sampin songket berwarna coklat keperangan yang tergantung diambil lalu dimasukkan melalui kepala sehingga ke perut. Baru sahaja tangannya mahu mengemaskan sampin itu,suara lembut seseorang menyapa halwa telinganya membuatkan dia pantas mengangkat wajah. Bibir melorek senyuman lebar.

"Mummy...Bila sampai?"

Saffia tersenyum seraya melangkah masuk ke dalam bilik Rizwan. Lelaki itu yang terkial-kial mengemaskan sampin pada tubuh membuatkan dia memberi gelengan kecil. Faham sangat dengan anaknya yang satu itu. Dari kecil sampai besar memang tak mahir-mahir dalam memakai sampin. Tapi bila pakai baju melayu memang wajib kena ada sampin baginya walaupun tak pandai pakai.

"Baru je sampai..Ni..Kenapa pakai baju melayu hari jumaat ni? Warna hitam pula tu..Tak panas ke?" Saffia memegang sampin Rizwan lalu mula mengemaskan pada tubuh tegap anaknya itu. Kemas dan teliti cara dia melipat membuat Rizwan tersenyum. Rindu arwah mama.

"Sekarang papa dah tukar rules baru. Setiap hari jumaat semua staff diwajibkan pakai baju melayu.." Pelik juga dengan papanya yang tiba-tiba membuat peraturan sebegitu. Tapi dia turut menyokong idea bagus itu. Alang-alang dah hari jumaat. Nak pergi solat jumaat sekali kan? Lagipun tak pernah lagi dia lihat mana-mana syarikat membuat peraturan sebegini. Bijak sungguh papanya.

Saffia mengangguk sebelum menyudahkan memakaikan Rizwan sampin. Bibir melorek senyuman manis lalu bahu Rizwan ditepuk lembut.

"Done. Hensem anak mummy. Kalaulah arwah mama Risya hidup lagi. Mesti dia suka tengok Iwan dah besar. Saling tak tumpah dengan wajah papa Iwan masa muda-muda dulu." Semestinya Iwan mempunyai wajah mirip seperti Kasyaf sewaktu muda dulu. Dengan lesung pipitnya. Dengan tubuh yang tegap malah tinggi pula tu. Senang cakap. Hazrul Kasyaf 2.0 lah katakan.

Rizwan tersenyum hambar."Tu lah..Kalaulah mama Iwan hidup lagi..Boleh Iwan peluk-peluk mama macam mana Safa,Firash dan Fareez peluk mummy tiap-tiap hari." Kedengaran sendu pada hujung ayatnya membuatkan air mata secara tiba-tiba mengalir di hujung tubir mata.

Rindu yang menggunung terhadap mamanya. Masih tersemat kukuh di ingatannya bagaimana nyawa ibunya diambil. Walaupun dulu-dulu sentiasa teringat tetapi dia masih tidak mengerti. Namun bila usia sudah menginjak ke alam persekolahan. Segala-galanya dia faham. Syukur Allah masih kurniakan kekuatan akal fikiran padanya. Wajah mamanya yang paling dia rindu.

'Iwan rindu mama..'

Dah dua puluh tahun lebih dia membesar tanpa seorang ibu kandung di sisi. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.Walaupun mummy sentiasa menjadi ibu kedua namun ianya tetap berbeza. Belaian mummy yang menjaganya semenjak dia berusia tiga tahun sehinggalah dia berumur 26 tahun sekarang ini. Sungguh berbeza dengan belaian mamanya yang hanya dapat dirasainya selama tiga tahun. Singkat tetapi bermakna. Sentuhan itu terlalu dalam baginya. Dan papa juga sering meluahkan isi hatinya kepada dirinya tentang mamanya. Seorang wanita yang luar biasa.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now