Bab 33

6.8K 283 1
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get -

***

Diya Dahlia,

"Dah sebulan baru ingat nak skype dengan daddy ?"

Aku tersengih. Aku menukar posisi kepada baring meniarap. Wajah tampan daddy menghiasi dada screen laptop. Kira-kira. Hampir dua tahun juga aku tak berjumpa dengan daddy secara depan-depan. Entah bila daddy nak ke sini. Orang nak ke sana tak di bagi.

"D busy lah daddy. Banyak benda nak kena settle. Laptop ni pun. Baru hari ni D sentuh. Selalu guna office punya je."

Tipu sunat tak apa kan ? Takkan aku nak bagitahu daddy pasal aku masuk icu dua minggu lepas ? Tak pasal-pasal daddy buat kerja gila nanti. Heret aku balik Maldives. Tak nak aku.

"Daddy rindu anak daddy. Makin lawa ye sekarang."

Ops ! Daddy puji pula dah.. Bukan senang tau nak dengar daddy puji aku.

"Daddy. D rindu daddy. Bila nak datang Malaysia ni?"

Daddy tersenyum. Sempat mencicip sedikit air kopi panasnya berlatar belakangkan suasana waktu malam di negara Maldives sana.

"Oh daddy lupa pula. Besok daddy kena transfer dekat hospital London."

"Ye ke ? Berapa lama ?"

Daddy menggerakkan bibir seakan berfikir."Seminggu je. Lepas tu daddy cuti dua minggu."

Yes ! "Ha kalau macam tu daddy datanglah Malaysia. Jenguk anak daddy ni. Sihat ke tak.. Tengok depan-depan dah dua tahun daddy tak jumpa anak daddy ni tau."

Aku mencebik. Sengaja meminta simpati agar daddy termakan pujuk rayu aku. Masalahnya hampir dua tahun kot aku tak jumpa depan-depan dengan ayah kandung sendiri. Sunyi hidup aku. Dah lah Mia dah kahwin sekarang.

Nampak daddy bangun daripada kerusi sebelum hilang daripada screen. Aku mencebik. Time aku nak lepaskan rindu time tu jugalah dia nak mengelak.

"Daddy ni.."

"Kejap !"

Dua minit berlalu,daddy kembali duduk di depan laptop. Kali ni ditangannya ada sesuatu. Daddy tersenyum dengan kening terjongket tinggi.

"Guess what ?"

Aku mengetuk dagu. Apa tu ? Nampak macam tiket ? Entah-entah..

"Daddy dapat tiket vip guest dalam fashion show kat London tu ke ?"

Aku terbuntang."Oh my god daddy ! D nak ikut pergi majlis tu..Bolehlah daddy !"

Baru-baru ni kecoh dengan majlis fashion show daripada pereka fesyen terkenal di seluruh negara. Negara kita juga turut tercalon. Nak dapatkan tiket tu hanya pereka fesyen yang bertuah sahaja dapat tetapi disebabkan tiket ada lebih dia tawarkan kepada umum. Tapi sayang! Baru nak beli dah habis !

Daddy terdiam. Merenung aku dengan lagak sesuatu sebelum tawanya pecah. Berdekah-dekah daddy ketawa sehingga aku boleh nampak air mata yang mengalir di hujung tubir mata.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now