Bab 30

8.4K 323 15
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Beg pakaian dicampak ke tepi. Getah rambut ditarik daripada rambut sebelum tubuh dihempas kasar di atas tilam bersaiz queen itu. Nafas lelah dihela semahunya.

Bibir mengukir senyuman kecil. Penat. Setelah hampir dua minggu aku ditahan di hospital, hari ni dapat juga aku balik ke sangkar istimewa aku. Tengok bilik sendiri. Lega. Dah lama tubuh aku ni tak bersentuh tilam empuk ni.

Haishh rasa nak tidur sekarang juga !

Senyap. Aku tenung siling dalam-dalam bagaikan merenung sepasang mata orang yang aku sayang. Bunyi jam berdetik menjadi suara latar di balik kesunyian yang teramatlah menggerunkan walaupun masih tengah hari. Nasib baik aku tak melolong panggil nama Mia.

Lupa pula aku yang dia dah bersuami. Duduk pun bukan dekat-dekat sini. Oh sebut nama Mia,memang sikit pun aku tak bagitahu dia apa yang jadi dekat aku. Dan aku harap tiada siapa yang beritahu padanya. Aku tengah move on. Dia pun dah bahagia. Pergi honeymoon tak reti-reti nak balik.

Harap kalau Mia dapat tahu sekali pun,telinga aku tak bernanah,hati aku tak berkecai,mood aku tak rosak gara-gara dengar dia berleter plus mengamuk dengan aku yang dah mula berahsia dengan dia. Bukan niat aku nak menjauhkan diri,tapi biarlah aku survive hidup sendiri. Tak nak terlalu bergantung hidup pada orang.

Aku ada lagi seminggu sebelum aku dah mula masuk kerja. Tak sabar rasanya. Aku pun dah rindu nak pegang pistol kesayangan aku. Nak tekan keypad komputer office. Nak pasang handsfree,pakai baju khas tu..Haishh..

Sedang asyik aku termenung,wajah tampan Tuan Adam menyapa fikiran. Bibir yang sentiasa mengukir senyuman manis. Ikhlas. Kata-kata yang keluar daripada bibir itu sedikit pun tidak pernah buruk di dengar tetapi seringkali aku menganggapnya sebagai sesuatu yang aku tak suka.

Aku akui.

Tuan Adam memang baik. Penyayang. Romantik. Prihatin. Entah apa lagi yang aku tak nampak pada lelaki sesempurna dia di depan mata. Allah dah hantar dia dekat aku,tapi aku cuba untuk menolaknya.

Aku sedar.

Dan ya. Aku rasa bersalah. Aku tak patut seksa hati dan perasaan lelaki itu. Aku tak patut buat dia terus berharap dekat aku. Meskipun aku tak suka dia,langkah pertama yang harus aku lakukan adalah..Jujur. Kejujuran itu penting. Kejujuran itu yang perlu aku buat dari awal lagi daripada terus membiarkan lelaki itu bergantung harap dengan perasaannya yang bagaikan tergantung tak bertali. Aku tak patut buat dia rasa macam aku terima cinta dia.

Aku salah !

Aku kejam !

Aku kelihatan baik di mata orang,tanpa sedar. Aku sendiri lagi jahat dibelakang tabir. Lagi kejam daripada pembunuh. Dan mungkin aku akan bunuh hati dan perasaan Tuan Adam sekiranya aku menolak cinta dia.

Aku tak patut hukum dia macam tu.

"Buat apa nak makan benda manis sedangkan awak dah terlebih manis daripada makanan ni ?"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora