Bab 22

7.4K 355 5
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Seperti yang dijanjikan tempoh hari, hari ni Ridzwan panggil aku untuk datang ke rumah dia. Mula-mula gembira bukan kepalang aku dibuatnya. Rupa-rupanya dia nak aku tunaikan janji aku untuk cuci kereta Ridwan dekat rumah dia hari ni tepat jam 10 pagi.

Anda rasa ?

Tak apalah. Alang-alang boleh jumpa crush lagi kan ? Dah lama sangat tak jumpa. Lagi pun memang aku cadang nak keluar dengan dia,tapi dah dia ajak datang rumah..Gua on jerrrr...Boleh jumpa bakal bapa mertua. Hek hek..

Aku tersengih sendiri sebelum memberi signal dan stereng dipusing ke kanan memasuki sebuah rumah perumahan mewah. Kali kedua aku masuk rumah perumahan ni. Tu pun aku dah lupa jalannya. Nasib kad Ridzwan ada lagi turut serta aplikasi waze. Tapi rumah dia aku ingat yang mana satu. Warna kelabu rumah nombor 6. Betullah kot. Jangan salah rumah sudah lah.

Kereta aku berhentikan ditepi tembok perumahan Ridzwan. Aku menapak keluar dan terus menekan loceng yang berada di sebelah peti surat. Terjenguk-jenguk kepala aku melihat ke dalam garaj rumah mewah ini. Ada tiga biji kereta import dan salah satu daripadanya adalah kereta Ridzwan. Tapi bayang dia langsung aku tak nampak. Tersentak aku apabila pintu pagar secara tiba-tiba terbuka sendiri. Aku mahu lari tetapi terpandangkan pintu utama dibuka seseorang membuatkan langkah aku terbantut.

"On time !"

Ridzwan yang berdiri di muka pintu tersenyum sinis seraya mengangkat tinggi dua buah baldi yang dipegangnya. Aku tersengih memandangnya yang hanya memakai t-shirt kelabu dan joggerpant hitamnya. Nampak hensem. Tak memang hensem.

Aku menapak masuk ke halaman rumah mewah itu sebelum berhenti di hadapan Ridzwan. Baldi-baldi tersebut dihulur pada aku.

"Kereta saya yang warna kelabu tu." Jari telunjuk Ridzwan dihala ke arah sebuah mercedes benz grey yang terparkir elok di hujung garaj. Aku memang serba tahu bahawa itu kereta dia.

"Tapi memandangkan hari ni hari minggu. Kalau awak nak buat duit,awak boleh cuci kereta vellfire hitam tu dan mercedes merah papa saya. Upah limit saya bagi dalam 3 k.. Nak ?"

What ? Aku sanggup bangun pagi-pagi semata-mata nak tunaikan janji aku untuk cuci kereta dia je. Tapi dia offer aku untuk aku cuci kereta family dia. Eh dia ingat aku buka bisnes carwash ke apa ?

"Awak nak tengok saya pengsan ke ?"

Dia tergelak kecil." Saya offer je. Mana tahu nak buat duit belanja."

Aku menjeling seraya tertawa kecil. Baru sahaja aku mahu menapak ke keretanya,suara seorang wanita menyapa kami berdua membuatkan aku menoleh ke arah suara itu.

"Iwan..Tak cakap dekat mummy pun ada tetamu ?"

Mummy ? Mak baru ke ? Aku pandang Ridzwan yang hanya beriak selamba sambil merampas baldi yang aku pegang.

"Mummy..Kenalkan ni kawan Iwan. Dahlia. Kalau mummy ingat hari tu dia pernah datang masa kenduri arwah mama."

Weh..Jap aku terhibur. Dahlia ? Janggalnya. Tak pernah kot orang panggil aku dengan nama Dahlia. Pernah lah hari tu masa ada salah faham sikit dengan Ridzwan tapi hari ni bila dengar balik aku rasa..Kelakar.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now