Bab 17

7.6K 350 17
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Ridzwan ?"

Lelaki yang sedang berdiri membelakangi aku segera berpusing apabila namanya diseru. Rayban hitam yang tersangkut di batang hidung dibetulkannya.

"Kenapa awak ambil saya ? Kan saya suruh send location ?"

"Salah ke saya ambil ?"

Perlahan aku mengangguk. Melihatkan dia yang masih berpakaian kerja melahirkan rasa serba salah dalam hati aku.

"Awak tak perlu susah-susah ambil saya. Lepas lunch kan awak nak masuk kerja balik ?"

Ridzwan tidak membalas malah dia terus berjalan masuk ke dalam kereta. Dengan pantas,aku segera mengunci pagar rumah sebelum masuk ke dalam keretanya.

Aku menoleh apabila Ridzwan tidak memulakan pemanduannya malah merenung aku dengan sebelah kening terjongket. Aku terkebil-kebil jadinya.

" Pakai seatbelt please ?"

Aku tersengih sebelum menggeleng. Aku dengan seatbelt ni tak pernah nak ngam. "Saya tak nak pakai ?"

"Asal ?"

"Saya tak suka. Sebab nanti perut saya sebu dan saya tak selesa. Saya tak nak pakai." Selalu kalau aku pakai pun bila sampai dekat traffic light ataupun rasa-rasa macam polis nak lalu.

Ridzwan mengecilkan mata tanda tak puas hati."Kalau kena saman awak nak bayar ?"

"Boleh je.." Aku mengangkat tangan dan membuat gaya peace. Ridzwan dah menjeling menyampah seraya menurunkan brek tangan. Dia ni..Suka sangat main jeling-jeling. Buat aku cair tahu tak ?

"Suka hati lah.."

Ting !

Segera aku membelek handphone aku apabila menerima mesej. Daripada Tuan Adam tetapi aku matikan screen handphone. Nanti-nantilah aku baca. Karang orang sebelah ni nampak macam-macam ditindasnya aku.

" Awak nak makan apa ?" Soalnya setelah hampir 15 minit kami menyepi dalam perjalanan sehinggalah berhenti di traffic light.

Ridzwan menoleh sekilas seraya bersandar sementara menunggu lampu merah bertukar. Sempat aku mengerling sekilas handphone Ridzwan yang menyala apabila mendapat mesej. Ada gambar perempuan dijadikan wallpaper. Aku hanya dapat tengok sekilas sebelum screen handphonenya kembali gelap.

"Hmm...Saya teringin nak makan nasi kukus lah. Awak ?" Siapa perempuan tu ? Kekasih baru dia ke ?

Ridzwan hanya mengangguk sebelum memulakan perjalanan kembali. Aku menghela nafas kecil. Dia ni tak nak bercakap dengan aku ke ? Ke dia tak selesa ?

Setelah hampir tiga puluh minit perjalanan,kami tiba di sebuah restoran masakan kampung. Walaupun fikiran aku sudah sesak dengan pelbagai soalan pasal perempuan dalam handphone tu. Tapi aku lupakan dahulu memandangkan nafsu lapar menguasai segalanya. Sementara menunggu Ridzwan mematikan enjin kereta,aku menunggu dia di luar kereta.

"Jom."

Aku memandang Ridzwan yang membuka kaca mata hitamnya lalu diselitkan di antara butang atas baju kemeja soft bluenya. Dia ni tak pernah tak hensem. Aku nak puji tapi takut jadi macam hari tu pula. Kang ada pula drama air mata kat sini.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now