Bab 14

7.5K 365 13
                                    


Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Tuan Adam Hariz,


Senyuman aku perlahan-lahan luntur apabila Diya berlalu pegi. Keluhan kecil terlepas akhirnya. Melalui respon gadis itu,aku tahu dia tak suka dan tak bersedia untuk menerima lamaran aku. Dia tak suka kalau aku bangkitkan isu ni.

Sebab tu aku hanya mampu meluahkan perasaan aku sebelum aku melamar dia dengan cincin. Sebab aku tahu jawapan dia. Dia kurang pasti dan kurang bersedia. Tetapi aku ? Aku seakan mendesak dia supaya terima aku.

Ye aku tahu aku tak patut paksa dia untuk terima aku. Tapi aku takut hilang dia. Aku sayang dia dan aku cinta dia. Tiada orang lain. Dia cinta mati aku. Walaupun kami berbeza beberapa tahun,tapi cinta tak kenal usia.

Aku mengeluh kecil dan tersentak apabila kerusi di sebelah aku ditarik dan diduduki seseorang.

"Hey bro!"

Aku tersenyum seraya berpeluk tubuh sekilas dengan Hazim. Kawan baik aku masa zaman Kolej dulu. Makin hensem sekarang.

"Bila balik sini ?"

Hazim menepuk bahu sekilas. "Seminggu yang lalu maybe ?"

"Sakai ! Kau dah seminggu kat sini baru kau nak bagitahu ?" Kepala dia aku siku. Tergelak Hazim seraya mengemaskan kembali rambutnya yang dah rosak sebab aku.

"Hahaha lek - lek bro. Aku datang sini pun ada urusan."

"Urusan sangat. Wife kau macam mana ? Lama aku tak jumpa dia lah."

Hazim tersenyum malu. Hidungnya digaru-garu seraya berpura-pura memandang aku sekilas. Aku menggeleng seraya bahunya aku tampar.

" Kau pahal tersenyum - senyum ? Kau balik sini kau bawak wife kau tak ? "

Hazim tersengih." Tak.Aku balik sorang. "

"Serius lah ? Kau dengan wife kau bukan tak boleh berenggang ke ? Takkan kau sanggup biarkan dia tinggal sorang-sorang kat Kedah ?"

Hazim mencebik bibir."Tu lah. Aku pun risau gak tinggalkan dia sorang-sorang. Tapi dia tak nak ikut. Dia tak boleh naik kereta nanti mula lah alahan dia buat hal."

Aku tersentak. Alahan ? "Wife kau pregnant Zim ? Berapa bulan ?"

Hazim mengangguk seraya mengusap belakang tengkuknya."7 bulan dah. Baby twin." Hazim menyengetkan kepala seraya tersenyum manis.

"Wow..Ni gempak. Kuat betul kau en ?"

"Eh mesti. Aku berusaha tau hahahaha."

Aku tergelak. Rezeki sahabat lah katakan. Dua tahun berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Masuk tahun ni adalah tahun ketiga sekali Allah bagi double. Fuh..

Aku ? Bilalah aku nak merasa berjabat tangan dengan bapa mertua ni. Haih sayang ku Diya. Awat lama noh hang nak terima aku ni.

"Kau sekarang macam mana ? Takkan tak ada calon lagi kot ?"

Aku menunduk seraya tersenyum nipis. "Bukan tak ada calon. Ada tu ada tapi belum ready."

Bahu aku ditepuk."It's okay bro. Aku doakan kau semoga jodoh kau cepat sampai. Kau pun janganlah duduk diam je. Kalau betul kau nak dia. Bincang elok-elok."

Aku mengangguk. Baru sahaja aku mahu membuka mulut,kedengaran dari jauh bunyi riuh suara perempuan menjerit. Dahi aku berkerut apabila berlaku sesuatu yang tak dijangka. Hati aku tiba-tiba rasa lain macam.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now