Bab 54

9.1K 371 17
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Awak tak listkan dulu ke barang yang nak dibeli ?"

Diya menggeleng. Tangan Ridzwan yang merayap di pinggangnya ditepis. Dalam hati dah mendongkol kegeraman yang membuak-buak. Dia punya perangai separuh tak matang tu dekat TESCO pun nak dibawa sekali.

Sekali bagi penampar sebiji agak-agak insaf tak ?

"Kenapa tak listkan awal-awal..Kan senang nak cari barang. Tak ada lah susah macam ni nak kena ingat barang apa yang tak ada.."

Diya tersengih sinis. Dia memusingkan tubuh seraya tangan Ridzwan yang mahu meliar ke tubuhnya ditampar sekuat hati membuatkan lelaki itu mengaduh kecil.

"Lagi susah kalau ada tangan yang macam ulat bulu tak reti nak duduk diam."

"Mana-mana ?" Ridzwan meloyar buruk. Kepalanya dipusingkan ke kiri dan ke kanan lagak mencari seseorang.

Ni kuajaaaa !

Suami siapa ni tolong kutip balik !!

Diya menyirap. Dia memandang hadapan dan juga belakang,apabila memastikan tiada orang yang lalu-lalang bahagian rempah ini,Diya berganjak menghampiri Ridzwan.

Tangannya naik mencubit dada lelaki itu seraya bibir tersengih sinis."Jangan nak buat perangai tak senonoh kat sini ye wahai encik suami."

Ridzwan tersenyum sinis. Cubitan yang tak berapa nak berkesan sangat itu seakan membuatkan dia mahu mengejek isterinya. Tangannya naik mengusap kepala isterinya yang bertudung.

"Tak apa lah..Kita halal."

"Halal tak semestinya boleh buat kat mana-mana."

"Buat ? Buat apa ?" Ridzwan menayang wajah polos membuatkan Diya makin berapi. Laju tangannya naik mencubit pipi Ridzwan sekuat hati.

"Otak tu jangan kotor sangat boleh tak ? Saya cakap benda lain,tempat lain awak melencong !"

Ridzwan tergelak halus. Rasa kebas di pipi diabaikan lalu pinggang Diya ditarik rapat sebelum pipi Diya sekali lagi menjadi mangsa.

"Awak comel sangatlah bila blushing."

Diya mengerutkan dahi."Sukakan balas balik ?"

"Sukalah tambah pahala."

"Errr..." Diya mengetap gigi. Laju langkahnya meninggalkan suaminya di belakang. Tanpa menoleh kembali ke belakang. Dalam hati dah menyumpah seranah diri sendiri.

Kalau tahu perangai Ridzwan dah berubah daripada beku kepada nakal macam ni. Memang keputusan gila dia buat untuk menjadikan Ridzwan sebagai suaminya.

Diya merengek kecil.

"Kenapa awak lain daripada yang dulu Ridzwan...."

"D tunggu !"

Diya menoleh ke belakang lantas dia menghadiahkan sebuah jelingan menyampah.

"Istighfar dulu baru saya datang."

"Astaghfirullahalazim ! Allazi-"

Sepantas kilat Diya belari mendapatkan suaminya sebelum mulut lelaki itu ditekup. Orang-orang yang berada di situ melemparkan pandangan pelik membuatkan nafas Diya bagaikan tersekat di kerongkong. Dia tersengih kecil sebelum menarik Ridzwan jauh daripada kawasan itu.

"Eei awak ni kan !"

"Apa ?"

Diya mengetap gigi."Stresslah layan awak ni." Luah Diya tak tertahan. Tiba-tiba bahang mata terasa panas. Malu campur letih layan perangai kebudak-budakan suaminya.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now