Bab 55

9.2K 380 8
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"A-Adam ?"

Lelaki itu tersenyum lebar. Tiba-tiba dia tertawa kecil sambil langkah diatur sehingga berdiri betul-betul dihadapan Diya.

"Adam kan ?" Soalnya sekali lagi mahukan kepastian. Mahu meletup jantungnya tika ini. Bermimpi kah dia ?

Adam ?

Bekas tunang dia ?

"Saya rasa awak rindu sangat dekat arwah adik kembar saya. It's me Azrai Harith. Not Adam Hariz."

Diya tersentak. Serta-merta hatinya merundum pilu. Bagaikan luka di hatinya kembali berdarah. Penumbuk dikepal erat sebelum dia mengangkat muka dengan senyuman palsu.

"Oh Azrai..Ada apa ye datang sini malam-malam ? Dan macam mana awak tahu saya tinggal sini ?"

Azrai tertawa halus. Sampul surat berwarna putih ditangannya dihulur dihadapan Diya. Dahi Diya berkerut lalu menyambut huluran lelaki itu.

"Apa ni ?"

"Saya datang nak bagi kad jemputan wedding saya. Saya harap awak datang. "

"Soalan awak tadi,macam mana saya boleh tahu rumah awak ? Actually husband awak,Ridzwan. Bisnes partner saya."

"Macam mana awak tahu saya isteri dia ?"

Azrai tersenyum nipis."Member dengan member kan. Mesti kena tahu."

Diya tersenyum nipis."Ouh..Terima kasih jemput saya."

Azrai mengangguk. "Ridzwan mana ?"

"Ridzwan ada kat atas. Tengah tidur. Tak sihat."

"Ouh ye ke..Saya baru nak jumpa dia. Tapi tak apalah lain kali je." Jam tangannya ditilik sekilas.

"Ouh saya dah nak kena gerak ni. Datang tau. Ajak Ridzwan sekali."

"Insyaallah. Thanks jemput." Azrai mengangguk sebelum berlalu pergi. Setelah memastikan Azrai sudah jauh daripada kawasan perumahannya. Lantas pintu ditutup lalu punggung dilabuhkan di atas sofa.

Sampul surat putih itu ditenung dalam. Dengan hati yang berat,tangannya menarik keluar sekeping kad di dalam sampul itu sebelum pandangannya disapa dengan gambar Azrai dan juga Yana; tunangnya.

Bergerak-gerak bebola matanya membaca bait-bait perkataan yang terdapat pada kad itu sebelum pandangannya berpusat pada nama pengantin.

Azrai Harith Bin Harid.

&

Nur Faraliyana Binti Syarizal.

27 haribulan..

Tarikh yang sama.

Hari yang sama.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now