Bab 29

6.8K 315 5
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"What looks really suprising me ? "

Langkah di atur masuk ke dalam wad separa besar itu. Bibir tersungging senyuman sinis dan jelek. Melangkah penuh keyakinan dengan uniform berpangkatnya.

"Kau buat apa kat sini ?"

"Watching an exclusive drama ?"

Tuan Adam berpaling ke arah lain sambil bibir terkumat-kamit mencarut. Tubuhnya ditegakkan sambil tangan masih tak lepas daripada genggaman gadis itu.

"Orang lain sibuk handle case yang bertimbun. Jalankan siasatan. Gerak sana,gerak sini. Bertarung nyawa dengan penjenayah. Dan kau boleh selamba beromantik dengan anak buah sendiri ?"

"She's mine." Tuan Adam ketap rahang kuat sehingga menimbulkan urat tegang di tepi leher. Penumbuk di kepal erat.

"Yes I know. She's pain. And you ?"

"What about you Emir ?" Pandangan Tuan Adam meliar dari atas hingga ke bawah tubuh tegap lelaki itu seraya bibir tersenyum sinis. Berpakaian kerja lengkap. Seakan mahu pergi menjalankan tugas. Atau baru sahaja pulang dari tugas.

"Kau buat apa kat sini ?"

Tuan Emir sekali lagi tergelak. Sebelum kaki di atur menghampiri mereka berdua tetapi di sebelah kiri Diya pula. Tangan naik berpeluh tubuh.

"Aku datang nak tengok anak buah aku. Tak boleh ?"

Tuan Adam berdecit. Pandangan benci dilempar ke tempat lain. Entah sejak bila mereka berperang dingin. Duduk satu rumah,tapi boleh tak bertegur sapa. Janji 'Jangan kacau aku'.

"How are you D ?"

Tuan Adam memasang telinga dan mata masih menala pada dinding putih di hadapannya. Sakit hati nya melihatkan Emir yang berpura-pura prihatin dan simpati pada anak buahnya sedangkan apa yang berlaku malam hari tu benar-benar menguji kesabarannya.

"Alhamdulillah.Okay sikit."

"Kena tahan wad berapa lama ?"

"Tak pasti lagi."

"I see."

Bibir Tuan Adam tercebik. Menyampah dengan lakonannya.

"Saya bagi awak cuti seminggu lepas awak keluar daripada hospital."

Tuan Adam memandang Diya. Dari lewat ekor mata,Tuan Emir seakan memberi senyuman tersirat.

"Tiga hari je cukup lah Tuan-"

"No."

"Tapi-"

"I said no means no sayang.."

Dush ! Terangkat kepala Tuan Adam. Pandangan bertukar bengis dan menatap tajam lelaki itu. Penumbuk semakin dikepal erat. Membuak-buak rasa amarah dalam hati.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now