Bab 56

9.3K 371 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Say aaaa.."

Diya mengeluh kecil. Nak tak nak terpaksa dia membuka mulut menyambut suapan makanan daripada Ridzwan. Ridzwan boleh lagi selamba makan dengan sweet-sweetnya sedangkan jarum jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi.

"Awak dah lah tu..Suap je mulut awak. Kenyangkan perut. Tengok jam dah pukul berapa ? Nanti awak lambat sampai office."

"Alaa sabar lah.. Nanti saya rindu "

Nak tercekik nasi lemak air tangannya saat melalui kerongkong. Dia memandang Ridzwan dengan riak tak puas hati.

"Okay-okay saya pergi sekarang. Jangan garang sangat kesian saya."

Ridzwan bangkit menuju ke ruang tamu sambil dibuntuti isterinya. Saat dia mahu mencapai blazernya namun ada tangan lain yang merampas terlebih dahulu. Diya tersenyum halus sebelum memaksa Ridzwan berpusing menghadapnya.

"Segaknya seorang suami datangnya daripada isteri."

Ridzwan tertawa halus." Wow. First day saya masuk office dengan status married,awal-awal dah dapat layanan kasih sayang."

Diya tersenyum nipis. Tiba-tiba rasa tak sedap badan pula. Sakit kepala pun dah mula menyerang. Namun dia cuba bertahan sementara menunggu Ridzwan bergerak pergi. Lepas ni bolehlah dia berehat sekejap.

Ridzwan membetulkan blazernya yang sudah tersarung pada tubuh. Tubuh kecil itu ditarik rapat sebelum dipeluk erat buat lepas rindu. Diya tertawa kecil lantas membalas pelukan Ridzwan sekilas sebelum dileraikan.

"Nak pergi kerja ke tak nak ni.."

"Tak nak.."

"Apa ?" Laju Ridzwan menggeleng seraya tersengih kecil. Rambut Diya diusap lembut.

"Nak tu memanglah nak..Tapi saya nak morning kiss dulu daripada awak."

Diya menjuih bibir. Patutlah daripada tadi tersengih macam nak minta penampar. Rupanya ada agenda tersendiri. Haih.

"Cepatlah.." Ridzwan membongkokkan tubuh lalu pipi kanannya didekatkan di hadapan wajah Diya. Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk pipi menyuruh Diya untuk memenuhi permintaannya.

"Tak nak lah..Alaa tak payahlah."

"Mana boleh. Kiss cepat. Nanti rezeki saya hari ni masyukk.."

Diya membuat muka cemberut. Teragak-agak dia mahu mengucup pipi lelaki itu. Jantungnya dah berdetak hebat. Dalam hati dah meraung setengah mati. Ridzwan ni memang sengaja nak buli dia !

Saat bibirnya mahu singgah ke pipi Ridzwan,cepat-cepat dia tarik semula.

"Alaaa..Saya malulah awak."

Ridzwan termangu seketika seraya tertawa halus. Dia mengerling Diya sekilas dengan senyuman nakalnya seperti selalu.

"Cepat lah..Lenguh dah kaki saya ni."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now