Bab 38

7K 296 4
                                    

Double Update💕




Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Kenapa tak balik besok je ?"

Ridzwan tersenyum kecil. Pemegang bagasinya diturunkan. "Iwan dari Pahang tadi. Tu yang terus gerak ke Perlis ni. Lagi pun memang Iwan dah cadang nak balik sini. Jenguk opah dengan atok. Rindu."

Opah tersenyum sebelum bahu cucunya ditepuk."Atok dah tidur dah. Besok je lah jumpa dia ye. "

"Baik opah."

Opah mengangguk."Kalau rajin,bersihkan diri dulu. Tapi kalau penat cuci muka dan basuh kaki je. Lepas tu berehat. Dah tengah malam sangat ni. Esok terlepas subuh pula."

Ridzwan mengangguk. Bahunya yang lenguh digerak-gerakkan. "Opah pun pergilah masuk tidur."

"Nak makan tak ? Kalau nak opah panaskan lauk-"

"Tak apa opah. Iwan makan besok pagi je."

"Ha ye lah."

Bagasi ditarik masuk ke dalam sebuah bilik. Semerbak bau haruman kasturi dimerata ruang bilik itu. Spontan bibir tersenyum kecil. Pasti opah yang kemas bilik arwah mama. Sentiasa kemas dan bersih. Wangi.

Pintu dikunci lalu bagasi diletakkan di tepi gerobok lama. Kemeja putih yang tersarung di tubuh ditanggalkan dan diletakkan di birai katil. Tubuh dihempas kasar di atas katil.

Ridzwan menghela nafas. Momento beberapa jam yang lepas kembali berputar di ingatan. Bagaikan mengulang tayang apa yang telah berlaku. Dia menghadiri majlis itu pun atas sebab pertolongan pelanggannya yang membuat tempahan salah satu rekaan terbaru syarikatnya. Tambahan pula pelanggannya itu merupakan anak kepada pelanggan tetap syarikatnya. Jadi tak salah kalau dia turut menghulurkan tangan menjayakan majlis kecil ini.

Dia sudah sedia maklum bahawa majlis kecil ini adalah untuk membuat kejutan bagi yang teristimewa untuk seseorang yang penting bagi pelanggannya. Tetapi tak terfikir pula bahawa seseorang itu adalah Diya Dahlia.

Dia dapat lihat dengan jelas. Dengar dengan jelas. Bagaimana gadis yang baru dia kenal tak sampai 5 bulan dilamar secara terang-terang dihadapannya. Dan bakal menjadi isteri orang.

Semua ni tak terjangka dek akal. Seakan Allah mahu tunjukkan sesuatu bahawa gadis itu sudah menjadi milik orang. Mungkin lepas ni dia harus jaga tingkah dan hati daripada berlaku perkara yang tak diingini.

Hati ?

Secara jujurnya,bila semuanya berlaku depan mata. Hatinya tiba-tiba menjadi sebu. Sakit. Seakan ada serpihan daripada hati yang mula merekah. Dan beberapa jam yang lalu itulah membuatkan dia perasan dan mengerti perasaan dia yang sekarang. Perasaan seseorang yang sudah melebihi batas dan had daripada hubungan sebagai seorang kawan.

Semuanya berlaku apabila semenjak dia dan gadis itu jarang berjumpa. Dia mula rindu dengan sikap tak matang dan seseorang yang suka beri nasihat. Dia mula terpikat dengan gadis itu tanpa sedar. Sebelum semuanya punah apabila dia sendiri menyaksikan gadis itu menjadi milik orang lain.

Dan kini dia rasakan mencintai seseorang yang bakal menjadi isteri orang. Itu salah ! Dia tidak sepatutnya ada perasaan pada gadis itu. Dia tak seharusnya berkelakuan sebegini.

Ya ! Dia harus gembira. Sekurang-kurangnya tak adalah dia menaruh hati dan perasaan pada seseorang yang sudah menjadi hak orang lain. Dan dia memanjatkan rasa syukur sangat kepada Allah kerana menunjukkan kebenaran walau hakikatnya terlalu perit untuk dihadam..

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now