Bab 40

8.3K 358 13
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT.

Diya Dahlia,

Balutan plaster yang tertampal di dahi perlahan aku elus. Aku boleh rasa macam mana sakitnya kena cium dekat dinding. Dah lah kena tolak,fikir tak sakit ke.

Tuan Adam tersenyum sebelum hidung aku dicuit membuatkan aku kembali tersedar. Cepat-cepat aku menarik tangan aku seraya tersenyum kelat. Malu gila. Tak aku tak sengaja.

"Sakit lagi ke ?"

"Tengok sayang. Hilanglah sakitnya."

Aku menjeling kecil seraya bibir menahan tawa. Ada je bibir tu nak membalas.

Dasar punster !

Tuan Adam meliarkan bebola mata ke sekeliling. Memerhati pelbagai jenis manusia dan ragam. Sambil-sambil memandang kapal terbang yang baru sahaja berlepas.

"Sayang..Kita tunggu daddy awak ke ?"

Aku toleh seraya bibir tersengih. Dia tak tahu yang aku nak jemput daddy kat sini. Ye dia tahu daddy nak turun KL tapi aku tak cakap berapa hari bulan.

Aku menggeleng."Mana ada. Daddy lambat lagi lah nak turun KL."

"Habis tu ? Tunggu siapa ?"

"Someone special. Tunggu je lah."

Tuan Adam memuncung sambil meliarkan pandangan ke sekeliling. Dia mula bosan. Aku kerling jam tangan. Lagi beberapa minit nak pukul 9 pagi. Dan kejap lagi kapal terbang daddy tiba di sini.

Tashabarrr nak jumpa daddy !

Tuan Adam mengeluh kecil." Okaylah sayang. Saya lapar lah. Saya pergi beli makanan kejap."

"Ouh okay. "

Tuan Adam bangkit."Nak kirim apa-apa tak ?"

Aku tersenyum nakal. "Ada. Kirim I love you."

Aku tergelak kecil melihat Tuan Adam yang terpana. Speechless ler tu..Asyik dia je yang cakap macam tu. Aku pun boleh tau..

"Dah pandai eh sekarang."

"Dah pergi beli cepat. Nanti sakit perut. Dah lah tak breakfast tadi."

Tuan Adam mengenyit sebelah matanya sebelum berlalu pergi. Haih belum kahwin dah terlebih manis. Ni kalau lepas kahwin ni aku tak tahulah perangai dia yang terlebih romantik ni macam mana. Mahu kena darah tinggi aku dibuatnya.

Pengumuman tentang ketibaan pesawat daddy mula kedengaran. Aku bangkit sambil menyangkut hoodie Tuan Adam di lengan. Langkah diatur ke ruang balai ketibaan. Sambil-sambil mata meliar mencari kelibat Tuan Adam. Mana tahu dia cari aku pula nanti.

Hampir 10 minit menunggu,ruangan balai ketibaan mula dipenuhi orang ramai. Menanti ketibaan orang tersayang yang baru tiba di tanah air. Begitu juga aku. Tajamkan pandangan mencari kelibat daddy. Sejujurnya,aku dah lupa muka daddy macam mana. Ingat samar-samar je.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz