26

6.9K 295 1
                                    


Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***


"Kau nak aku gari kaki kau sekali ke ?"

"Lepas lah bodoh !"

Tuan Adam merengkuh tangan lelaki itu kebelakang lalu digari. Kaki kanan terpaksa disilangkan dengan kaki lelaki itu apabila dia bertindak mahu menyerang melalui kaki.

"Jalan !"

Tuan Adam membawa lelaki itu ke sebuah van bersama seorang lagi suspek. Tinggal lagi satu suspek yang dibawah pimpinan Tuan Emir.

Glove disarung di tangan. Berpeket-peket dadah yang berwarna merah jambu,hijau dan biru diangkat setentang dengan mata.

"Sedap ke korang ambil benda ni ?" Soalnya dengan nada serius. Dua suspek itu tergelak sinis.

"Kau nak rasa ke ? Aku ada tester."

Tuan Adam tertawa sinis. Dijentik-jentik bungkusan itu sebelum dihidu. Bau strawberri. Patutlah diorang kata sedap.

Treettt...

Handsfree yang terpasang di telinga bergetar apabila mendapat panggilan. Bungkusan dadah itu kembali diletakkan di dalam kotak hitam.

"Suspek 030 terlepas. Masih dijejaki. Suspek 031 dan 032 boleh bawa ke balai."

Tuan Adam telan air liur kesat.

"Minta bantuan pihak telekomunikasi dan media untuk aktifkan salur penyawaian perhubungan di sekitar KL ni dua jam yang lepas. Sambungkan dengan telefon 0252."

Dahi Tuan Adam berkerunyut seiring dengan detakan jantung yang berentak laju. Hati tiba-tiba rasa lain macam.

"Wait ! Ada apa-apa ke jadi kat sana ?"

"Probably yes. Suspek berjaya larikan diri dan anggota kami masih mencari. Serta-"

"Tuan ! Saya dapat laporan daripada saksi di cafe tadi salah seorang anggota kita diculik."

"Siapa ?" Sampuk Tuan Adam dengan nada naik seoktaf. Nafasnya mula berombak laju.

"Diya Tuan!"

Klik !

***

"Huk-huk !"

Berkerut-kerut dahi Diya menahan sakit kepala dan sakit di bahagian tengkuknya. Bau yang pelik tajam menusuk salur nafas. Sesak ! Sesekali dia cuba bergerak,tetapi tubuhnya tersekat. Tangannya diikat kebelakang dan kaki dilunjurkan ke hadapan dan diikat serta.

" Alaaa cepatnya bangun."

Pandangan Diya tertunak pada figura seorang lelaki yang tersenyum bersama satu botol mineral kecil yang diisi dengan air berwarna hijau pudar. Sakit kepala yang mula menyengat membuatkan Diya mengatur nafas sebaik mungkin. Lelaki itu bercangkung dihadapannya.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now