Bab 65

11.3K 392 7
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

"Ya Allah Mia !"

Syazwan berlari anak menghampiri Mia yang sedang berbaring di atas katil pesakit itu. Tangannya terus digenggam erat lalu dikucup sekilas. Tangan kasarnya dilarikan ke perut besar itu.

"Sayang..Awak okay tak ? Doktor cakap apa ?"

Mia terbatuk sekilas."Just bleeding. Dan hampir gugur ataupun baby terpaksa lahir tak cukup bulan. Tapi nasib baik saya sempat datang awal."

Syazwan mengucap syukur dalam hati. Tangan yang sejuk itu tak henti-henti diusapnya. Luka di tepi bibirnya disentuh.

"Kenapa ni sayang ? Awak jatuh ke ?"

Mia terdiam sebelum dia meringis apabila luka ditepi bibirnya ditekan. Buat seketika,fikirannya melayang teringatkan detik cemas malam tadi. Dia mengangkat kepala memandang ke arah pintu wad menanti kehadiran seseorang sebelum kepala dijatuhkan kembali. Wajah Syazwan dipandang cemas.

"Kenapa Mia ? Awak sakit ke ?"

Mia menggeleng."D ada kat luar tak awak ?"

"Tak perasan pula. Tapi rasanya tak ada."

Air mata Mia mengalir tanpa diduga. Tangannya meraba-raba laci di sebelahnya untuk membuka laci tersebut. Syazwan yang melihat Mia seakan mahu mencapai sesuatu pantas dibukakan laci tersebut. Ada sebiji telefon iphone diambil isterinya.

"Telefon siapa tu Mia ?Kenapa awak cemas ?" Tangannya naik menyeka air mata isterinya.

Mia tak hiraukan Syazwan. Dia teresak kecil dengan tangannya yang menggigil laju mencari nombor Ridzwan di dalam handphone sahabatnya. Sebaik sudah dapat,laju dia mendail nombor itu.

Tak sampai 5 saat panggilan bersambung.

"D ! D awak kat mana ? Bagitahu saya D-"

"Ridzwan. Ni saya Mia." Mia menarik nafas bertenang. Syazwan yang dalam dilema dipandang sekilas.

"Macam mana phone isteri saya ada dekat awak ? Dia dengan awak ke Mia ?"

"Ridzwan. D dalam bahaya."

"Huh ?"

Mia ketap bibir. Air mata semakin laju mengalir. Hati perempuannya tak aman apabila terpandangkan matahari yang memancar di atas langit tatkala hari sudah menjelang petang. Entah berapa lama dia pengsan sehingga hampir terlupa keselamatan gadis itu.

"Jalan Ampang. Banglo biru-"

Tit...Tit..

Mia tersentak apabila panggilan terputus. Skrin telefon dipandang. Gelap ! Bateri habis !

"Mia kenapa ni ?"

Dia mengangkat muka memandang Syazwan. Tangan suaminya digenggam erat.

"Awak..Awak tolong saya. Ambil Ridzwan kat rumah dia lepas tu terus pergi ke Jalan Ampang. Banglo Biru bersebelahan bengkel kayu."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat