Bab 46

7.6K 332 17
                                    

Bismillahirahmannirrahim.

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Jam tangan ditilik sekilas. Masa tinggal berbaki 1 jam sahaja lagi sebelum semua anggota dikerahkan ke tempat masing-masing sejurus dua jam selepas solat isyak.

Malam ni. Kes yang terlalu berat. Penangkapan kumpulan BlackLord iaitu sekumpulan suspek penyeludupan bahan dan senjata api yang berbahaya. Kes dibawah seliaan Koperal Aizan. Setelah seharian mengadakan mesyuarat penting. Bagi memastikan operasi kami malam ini berjaya diselesaikan dengan sempurna tanpa ada yang terkorban.

Menurut kertas siasatan yang diterima. Kumpulan BlackLord ini terdiri daripada 10 orang. 5 warga Malaysia. 2 warga Indonesia manakala tiga lagi warga China.

"Ehem."

Aku tersentak daripada lamunan. Wajah Tuan Adam menyapa pandangan membuatkan aku menghadiahkan senyuman nipis. Dia sudah lengkap berpakaian kemas. Bersiap sedia menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara.

"Fikir apa ?"

Aku menggeleng perlahan."Nothing. Tapi saya rasa takutlah.."

"Don't worry dear. Squad kita ramai. Lagipun semua kawasan tu akan dikepung."

"Tahu. Tapi.." Aku hela nafas berat. Susah untuk aku ungkapkan melalui kata-kata. Bukannya aku tak pernah menyertai operasi seperti ini.

Tapi aku takut. Kumpulan BlackLord ni bukan calang-calang orang. Mereka memiliki senjata api yang diimport secara tak sah daripada negara luar. Jadi,tak mustahil ada pelbagai cara yang mereka lakukan demi lepas daripada pihak polis.

"Sayang.."

"Ye saya." Cap ditangannya aku ambil lalu bahunya aku tarik supaya dia merendahkan badannya menghadap aku. Cap ditangan aku pakaikan di atas kepalanya.

"Done. Hensem."

Tuan Adam tersenyum sebelum kembali menegakkan tubuh. Dia berdehem. Jam ditangannya ditilik sekilas.

"Kejap lagi saya dah kena gerak dengan Tuan Emir,Tuan Farid dan koperal. Sayang nanti naik dengan diorang kan ?"

"Aah."

Dia tersenyum. Nafas dihela berat sebelum kedua-dua bahu aku dipegang. Aku mendongak memandang wajah tampannya yang disinari dengan cahaya lampu chandelier.

"Dear my future wife. Semasa bertugas nanti saya nak sayang beri tumpuan sepenuhnya. Jangan fikir pasal saya,pasal apa-apalah. Termasuk wedding kita."

Aku mencebir bibir. Mulalah tu. "Kenapa saya tak boleh fikir pasal Tuan?"

"Nanti sayang rindu."

"Eei menyampah." Bahunya aku tepuk sekilas seraya tawa kami terhambur. Aku tersenyum melihatkan senyuman yang terlakar cantik di bibir lelaki.

Bibir yang sentiasa tersenyum. Kalau berceloteh pun comel sangat. Sebab bibir warna natural. Pernah lah satu masa tu dia cuba nak hisap rokok. Aku tak bagi. Lepas tu dia nak cuba vape. Lagilah buat aku mengamuk. Dia tak sayang nyawa ke sampai nak ambil benda berbahaya macam tu.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now