Bab 21

7.7K 339 13
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Tak sampai satu saat mata aku terbuka, aku terpejam kembali apabila menerima asakan cahaya terang yang menusuk. Berkerut dahi aku menahan sakit kepala sebelum aku kembali mencelikkan mata. Benda pertama yang aku nampak adalah siling putih. Aku toleh ke kanan apabila tangan aku terasa sakit. Iv drip ? Tangan aku naik menyentuh sesuatu yang berlingkar di kepala dan sesuatu yang menerobos masuk ke salur pernafasan aku. Tiub oksigen ?

Kenapa aku kat hospital ? Aku cengkam cadar tilam untuk memudahkan aku bangkit dan serentak itu sakit kepala mula menyerang. Aku meringis sakit. Tekak aku kering. Aku lapar. Aku pening. Dan aku rasa loya. Perut aku rasa sebu. Dada aku terasa ketat.

Kenapa dengan aku ni ?

"Sayang.."

Bergerak-gerak bebola mata aku mencari punca suara lelaki sebelum pandangan aku disapa wajah tampan Tuan Adam. Dia menaikkan katil aku membuatkan aku tersandar walaupun aku masih baring. Dia melabuhkan punggung disisi aku di atas katil hospital. Aku tenung dia tak beriak. Wajahnya terpamer kerisauan di situ.

"Minum air dulu." Segelas air kosong disua ke bibir aku. Laju aku teguk air kosong kerana aku terlalu haus. Akhirnya tekak aku dah tak rasa macam pasir.

Tuan Adam meletakkan gelas tersebut di atas meja sebelum tersenyum memandang aku. Aku memerhati bebola matanya bergerak menilik seluruh wajah aku sebelum tangannya naik merapikan rambut aku.

"Tuan.." Panggilku lebih kepada nada berbisik.Tuan Adam tersenyum. Sempat bibir aku dielus lembut.

"Kenapa saya kat sini ?"

Tuan Adam tersenyum nipis sebelum membongkokkan tubuhnya dan merapati aku. Kakinya dibiarkan terlunjur ke bawah. Aku hanya mampu kerling dengan ekor mata apabila Tuan Adam memegang kedua-dua lengan aku.

"Awak pengsan D. Saya tak pasti berapa lama. Doktor cakap awak high blood pressure. "

"Ouh.." Aku pengsan ke ? Dah berapa lama ? Kenapa aku rasa macam aku tengah tidur lena. Tahu-tahu bila bangun semua rasa sakit. Kepala,tangan,badan.

"D.."

Tumpuan aku kembali pada Tuan Adam apabila hembusan nafas hangatnya menampar pipi aku. Jarak kami terlalu dekat. Kenapa dia layan aku macam ni ?

"Boleh bagitahu saya apa yang jadi sebelum awak pengsan ?"

Soalnya penuh lemah-lembut dengan pandangan harapan. Lengan aku diusap dengan ibu jarinya membuatkan aku rasa...Sangat dihargai.

"Boleh ?"

Sepasang mata hitam Tuan Adam aku tenung sedalam-dalamnya dengan kerutan di dahi. Aku cuba kerahkan ingatan mengingat kembali apa yang jadi malam tadi. Tak silap aku..

"Saya..Malam tadi saya.."

Aku apa ? Aku buat apa ha malam tadi ? Aku kelam kabut. Aku tak tentu arah.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat