Bab 52

9.3K 370 19
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Awak.."

Hujung baju Ridzwan ditarik-tarik membuatkan lelaki itu menoleh. Pandangannya beralih sekilas melihat sesuatu yang dipotong sebelum menatap wajah lelaki itu yang manis tersenyum.

"Maaf saya terlambat bangun. Tak sempat nak buat sarapan."

Ridzwan tersenyum."It's okay..Memang saya tak nak kejut awak."

Diya tersenyum kelat. Apron yang tersangkut kemas ditepinya diambil sebelum disarung pada tubuh dan dia kembali berdiri di sebelah lelaki itu.

"Awak nak masak apa untuk breakfast ni ?"

"Simple je. Nasi goreng."

Diya mengangguk. Sambil memerhati lelaki itu yang sedang memotong kacang panjang dan cili. Buat nasi goreng tak adalah susah sangat. Jadi nak potong apa ?

"Awak.." Kata-katanya terhenti apabila tubuh kecil itu ditarik sekilas rapat pada lelaki itu. Sebelum..

Diya kaku. Kejung seluruh tubuh Diya tatkala pipinya seakan disentuh dengan sesuatu yang lembut. Tanpa teragak-agak,dia memandang wajah lelaki itu yang tersenyum lebar.

"Vibe untuk hari ni." Sesudah berkata,Ridzwan bangkit ke singki bersama semangkuk kacang panjang di tangannya.

Diya tergemap dan masih berdiri kaku di situ. Perlahan tangannya naik memegang pipinya iaitu tempat bibir si suaminya dilabuhkan sebelum diusap perlahan tempat itu. Dia tersenyum malu sebelum cepat-cepat dia kawal riak muka.

Pagi-pagi dah buat muka dia panas.

Kejutan apakah ini ?

Bunyi kuali ceper dipanaskan menyentakkan Diya daripada lamunan. Dia berdehem kecil menutup rasa malu lalu dia berlalu ke almari dan dua biji pinggan dan cawan dibawa ke meja makan. Setelah itu,sebuah almari besar diatasnya dibuka.

Wow..Ada pelbagai serbuk minuman dan kordial.

"Awak.." Dia menoleh ke belakang sekilas memandang Ridzwan yang sudah mula memasak gaya ala-ala chef.

"Awak nak minum apa ?"

"Nescafe latte."

Diya mengangguk lalu mencapai dua paket kecil serbuk minuman itu. Setelah siap dibancuh,Ridzwan juga sudah siap memasak. Dia membantu lelaki itu menghidangkan sarapan di meja makan.

Punggung dilabuhkan disebelah kanan Ridzwan. Seorang menyenduk nasi dan seorang lagi menuang air. Agak janggal apabila suasana yang tercipta terasa begitu hening.

"Maaf kalau tak sedap. Selalu saya masak nasi goreng bujang pelbagai rasa. Masam ada. Masin ada. Tekak sendiri kan.."

Diya tersenyum."Kalau dah buat dengan kasih sayang. Tak sedap pun tiba-tiba jadi sedap."

"Sorry ?"

Pantas tangan naik menekup mulut. Dalam hati dah mengucap panjang kerana terlepas cakap. Melihatkan renungan sesuatu daripada lelaki itu membuatkan dia gementar.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now