Bab 24

7.2K 327 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Sah ?"

Tiga lelaki yang menjadi wakil saksi penyatuan dua hati antara Syazwan dan Mia memberi anggukan dan persetujuan sah dikhalayak ramai. Bersaksikan kalimah Allah disekeliling di dalam masjid besar ini sudah cukup memberi erti bahawa perkahwinan yang didirikan atas nama Allah.

Aku bangkit dan berganjak ke belakang apabila Mia sedang sibuk bersalaman dengan ibu dan ibu mertua dan sebentar lagi akan adanya sesi pembatalan air sembahyang.

Bukan niat aku tidak mahu duduk sekali melihat penyatuan suci antara dua insan. Tetapi entah kenapa aku rasa tak selesa. Walaupun masjid besar ini terpasang beberapa biji aircond besar tapi seakan tiada fungsi.

Kepala aku pening. Peluh mula merenik di dahi membuatkan aku mempercepatkan langkah keluar dari ruang solat yakni tempat pernikahan Mia dan Syazwan. Baru setapak mahu berpusing ke ruang belah kanan,tubuh aku dilanggar kasar sehingga membuatkan aku hampir jatuh terduduk namun sempat dirangkul seseorang.

Deja vu!

"D ?"

Hampir terkeluar jantung aku apabila wajah basah Ridzwan terpampang beberapa inci dihadapan aku. Tubuh aku ditegakkan dan tudung yang terselak dibahagian dada aku betulkan. Muka aku berbahang menahan malu.

"Awak buat apa kat sini ?"

Ridzwan tertawa sinis."Saya baru selesai mandikan jenazah. Kenapa ?"

Terlongo aku dibuatnya. Jenazah ? Setapak aku ke belakang dengan raut wajah yang tampak seriau. Ridzwan pula memeluk tubuh dengan kening terjongket tinggi.

"Kenapa reverse ? Ada nampak aura mayat ke dekat sekeliling saya ?"

"Hei !"

Hampir ! Hampir sahaja tangan aku mahu membaling selipar yang tersusun elok di atas rak ditepi aku. Gila betul dia ni. Teringin nak makan penampar aku ke ?

Bibir merah yang tersenyum sinis mula bertukar menjadi halus. "Saya nak solat zohor. That's why saya ke sini.

Ridzwan menapak menghampiri paip kecil yang terletak dua kaki daripada tempat kami berdiri tadi. Tingkah lakunya yang tampak bersahaja mengambil air wudhuk menerbitkan rasa bersalah dalam hati. Rasanya,mungkin Ridzwan dah ambil wudhuk kemudian tak sengaja berlanggar dan ya. Aku tersentuh tangan dia tadi. Jadi air wudhuknya dah terbatal kerana aku.

"Saya pergi dulu."

Kepala mengangguk sekilas menghantar susuk tubuh lelaki itu pergi. Sekilas,rasa menyengat dikepala yang tiba-tiba hadir membuatkan aku hampir pitam. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum langkah diorak laju keluar dari masjid. Terus aku meloloskan diri ke dalam CR-V hitam. Air-cond dipasang lalu seat kereta diturunkan ke belakang sedikit.

Sejak akhir-akhir ni,aku selalu rasa sakit kepala. Tak ada lah teruk sangat cuma rasa sakit tu kadang-kadang boleh buat rasa loya dan boleh juga hampir tersungkur. Mungkin aku ada migraine kot tak pun darah tinggi ?

Eh muda-muda lagi takkan aku dah kena kot ?

Kringggg !!!!

Dengan mata yang terpejam,aku meraba-raba tempat duduk sebelah sebelum tersentuh sesuatu yang leper dan berbutton tengah. Kelopak mata dibuka kecil,nama Mia terpampang sebelum ikon hijau ditekan.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu