Bab 62

9.8K 389 14
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Saya sayangkan awak Adam.."

Tapi sayang saya dekat awak,tak lebih daripada sayang saya terhadap suami saya. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup saya.

Krekk..

Diya mengangkat muka serentak dia menoleh ke belakang. Belakang tubuh Ridzwan dipandang. Lelaki itu mengunci pintu sebelum berpusing menghadapnya tanpa senyuman di bibir.

"Awak.." Diya menyeka air matanya lalu langkah diatur merapati Ridzwan. Wajah Ridzwan yang mendung ditatap sebelum tangannya naik menyentuh pipi lelaki itu.

Tak sampai satu saat pipi Ridzwan disentuh,tangannya ditepis Ridzwan membuatkan jantungnya bagaikan berhenti berdetak.

"Awak."

"Betul ke apa yang saya dengar tadi ?"

Diya tersentak. "A-awak dengar ?" Tangan Ridzwan cuba dicapai namun lelaki itu cepat-cepat menariknya semula. Bibir lelaki itu perlahan-lahan membentuk senyuman sinis.

"Ini ke yang awak balas atas cinta yang saya zahirkan ?"

"Ridzwan bukan-"

"Apa ? Dah sebulan D. Dah sebulan kita jadi suami isteri. Saya cintakan awak. Tapi awak ? Awak cinta orang lain selain daripada saya. Awak cintakan bekas tunang awak. Apa semua ni ?"

"Awak-"

Ridzwan mendecit kecil. Dadanya berombak laju menahan emosi. Dapat dia lihat urat-urat yang tegang ditepi lehernya. Seakan menahan rasa yang membuak-buak.

"Saya tunggu awak. Saya bagi awak masa untuk lupakan dia. Saya cintakan awak dalam masa yang sama awak cintakan dia. Ni-" Ridzwan menepuk dadanya berkali-kali.

"Hati saya sakit awak tahu tak Diya ? Selama ni saya sabar cinta saya masih belum terbalas. Saya harapkan awak balas cinta saya bukannya saya tunggu awak makin cintakan orang yang dah tak ada !"

"Ridzwan !" Air mata dah mula bergenang ditubir mata. Diya ketap bibir mengawal emosi. Matanya merenung dalam sepasang mata itu.

"Sampai hati awak tuduh saya macam ni ? "

"Saya tak tuduh. Saya nampak dan saya dengar semua ni. Saya tak nak paksa awak. Selama ni,saya tunggu untuk awak hargai masa dan ruang yang saya bagi untuk lepaskan orang yang dah tak ada. Tapi saya tak sangka. Awak tak gunakan masa tu."

Ridzwan tertawa sinis sekali lagi. "Jadi selama ni..Saya bertepuk sebelah tangan ?"

"Ridzwan !" Tubuh Ridzwan ditolak sekilas membuatkan lelaki itu terundur beberapa tapak ke belakang. Diya menyeka air matanya yang mengalir.

"Apa yang awak dengar tak sama dengan apa yang saya maksudkan."

"Ye. Saya dengar awak sayangkan dia. Maksudnya awak masih cintakan dia. Bukan saya." Ridzwan tergelak sinis. Dia menepuk tangan sekilas. Pandangannya tika ini bukan seperti pandangan selalu. Yang berlembut. Yang penuh dengan sayang. Tetapi tika ini pandangan yang penuh menyakitkan.

"Siapa saya nak cakap macam ni kan ? Saya kahwin dengan awak pun sebab awak tiada pilihan lain. Saya lelaki yang bukan awak cinta. Lelaki yang bukan awak sayang. Kan ? Saya ni lelaki yang sekadar memunculkan diri di saat-saat akhir untuk membetulkan kebenaran. Dan siapa saya kan nak berlagak macam suami yang dicintai isteri-"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now