Bab 19

7.6K 361 12
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya dahlia,

Sebaik sahaja Honda CR-V hitam aku terparkir elok pada kotak parkir. Enjin aku biarkan terpasang dan aku bersandar pada kerusi. Suasana waktu malam yang gelap dan hanya disimbahi dengan lampu-lampu jalan membantu aku bertenang dalam kegelapan di dalam kereta.

Sepatutnya petang tadi Tuan Adam ajak pergi shopping seperti yang dijanjikan tempoh hari. Tetapi tak jadi memandangkan Tuan Adam ada hal lain. Dan petang tadi juga aku mendapat tugas melalui panggilan telefon daripada pihak atasan memandangkan aku on-call. Tapi malam ni tiada kes yang perlu diuruskan,cuma meeting biasa sahaja dengan pihak terpenting termasuk aku dan Tuan Adam.

Nafas aku hela panjang. Maghrib tadi Mia ada telefon aku. Cadang nak balik sini hari isnin esoklah kan..Tapi kena hadir kursus kahwin dengan Syazwan dekat Shah Alam. Melalui panggilan suara tu aku tahu betapa gembira dan terujanya Mia dalam perjalanan membina masjid bersama Syazwan. Dalam kegembiraan,jangan ingat aku gembira. Terselit kesedihan tau tapi aku tak nak buat Mia sedih. Biar lah dia gembira.

Lepas ni memang aku kena survive hidup sendiri lah kan..Dah tak ada tempat nak bergantung selain Mia. Dah tak ada teman siang dan malam. Teman borak. Teman makan. Teman gaduh. Segala teman-teman lah. Aku berani bet lepas Mia kahwin aku boleh sunyi. Cepatnya masa berlalu. Aku tak sedia lagi nak lepaskan Mia.

Tanpa sedar,air mata aku mengalir. Pandangan aku masih tertumpu pada bangunan tempat aku bekerja tetapi fikiran aku terbang jauh menggambarkan seraut wajah Mia yang manis. Baru sehari dia tak ada aku dah rindu. Belum lagi dah kahwin.

Aku tersenyum kelat seraya menegakkan tubuh,tisu yang sedia ada dalam kereta aku ambil lalu aku sapu bersih air mata di muka. Handphone aku masukkan ke dalam poket seluar lalu beg sandang berisi laptop aku ambil dan sangkut di bahu kiri. Setelah enjin kereta dimatikan, aku menapak keluar dan terus masuk ke dalam bangunan yang mempunyai ketinggian 15 tingkat setelah kereta dikunci.

Aku berlari masuk ke dalam lif kebetulan lif tersebut terbuka. Jam tangan aku tilik menunjukkan baru pukul 8 malam. Seram pun ada lah juga seorang diri dalam lif ni tapi bak kata remaja. 'Malam masih muda.' Punat nombor 10 aku tekan dan lif mula bergerak naik ke atas iaitu tingkat bilik mesyuarat.

***

"Dari awal bulan ni sehingga lah akhir bulan Julai ni. Purata kes dadah yang direkod lebih kurang 50%. Kes yang paling tertinggi setakat ini di Shah Alam melibatkan 543 pesalah yang terdiri daripada melayu dan india serta warga asing. "

Kesemua anggota kes jenayah berat tekun mendengar setiap bicara yang disampaikan oleh Aspektor Emir. Seperti selalu,tegas dan berpendirian walaupun dia masih muda. Sesekali screen hd yang terpapar di hadapan menjadi bahan rujukan dalam perbincangan kali ni.

"Oleh itu,sekali lagi kita menerima laporan daripada ketua polis untuk membanteras kes dadah. Kali ini,point utama kita adalah suspek pengedar dadah."

Aspektor Emir menekan button di laptopnya sebelum kembali menghadap screen di hadapannya.

"Saya terpaksa mengatur strategi demi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tak diingini seperti sebelum ini."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now