Bab 42

7.1K 302 4
                                    

Maaf klau makin x best.

Maaf sgt²

***

Diya Dahlia,

Pang !

"Nak sweet-sweet tunggu kahwinlah gila !"

Statik kepala kami berdua terarah ke tepi. Kelihatan Azrai sedang berdiri di balkoni bilik tingkat dua rumah agam itu dengan bantuan tongkat penompang ketiak. Aku pandang sesuatu yang sudah jatuh menyembah bumi. Aku tak pasti itu apa tetapi benda tu lah yang membuatkan jantung aku mahu melompat keluar.

Terkejut kau tahu tak ?!

"Sibuklah kau !"

Tuan Adam menarik tangan aku beredar daripada situ. Kini haluan kami ke kolam renang sebesar halaman rumah sewa aku. Bunyi kocakan air menghiasi malam yang sedia sunyi.

Aku tergelak kecil. Air mata disapu habis sebelum pandangan aku jatuh pada baju yang tersarung sempurna di tubuh Tuan Adam. Perlahan aku elus hujung baju tersebut.

"Tuan..Pakai kurta yang saya hadiahkan ?"

Dia mengangguk. Bibir tersenyum lebar. "Kan saya dah cakap. Saya akan pakai bila saya dengan awak. Thanks. Cantik dan selesa. Saya suka."

"Saya pun suka." Nampak ada gaya ciri-ciri lelaki maskulin. Tak sia-sia duit aku hadiahkan dia Kurta. Memang sesuai sangat dengan tubuh dia.

"Tuan.."

Tuan Adam menghela nafas. "Sayang.. Awak tak bosan ke panggil saya Tuan ?"

"Kenapa ?"

"Sayang kena biasakan tau. Sebab nanti lepas kahwin. Awak akan tersasul. Cuba panggil saya.'Awak'."

"Awak."

Dia tersengih."Sound nice."

"Try panggil saya abang pula."

Spontan bahunya aku tepuk. "Tak nak lah." Meremang gila bulu aku. Belum kahwin nak suruh panggil abang. Ni kalau daddy dengar ni mesti kena ceramah tiga hari tiga malam.

"Alaa cepatlah.."

Aku menggeleng."Saya prefer kalau panggil Tuan as Adam."

"Adam ? Lepas kahwin pun nak panggil Adam ?"

"Tengoklah."

Aku tertawa kecil melihatkan muka cemberut Tuan Adam. Aku tahu dia tak sabar nak kahwin tapi bak kata Azrai. 'Nak sweet-sweet tunggu kahwin'

"Sayang..Betul ke sayang rindu saya ?"

"Tak percaya ke ?"

Dia tersengih."Sorrylah..Bukan saya tak nak call sayang. Tapi-"

"Merajuk. Mengada-ngada. Dengan daddy pun nak merajuk."

Dia mencebik bibir. Matanya menjeling aku sekilas. Tanda tak puas hati.

"Mestilah. Daddy sayang lagi hensem daripada saya. Saya ingatkan awak pasang scandal sebab nak kata dia abang awak, awak mana ada abang. Ke adik ke."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now