E P I L O G 👑

25K 542 27
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Ajaa.."

"Ajaa.." Perutnya dicucuk-cucuk dengan tangan kasar Ridzwan. Hajra yang sedang sibuk mewarna itu menjegil mata sekilas. Geram anak kecil itu dengan tingkah abinya yang mahu meminta sesuatu daripadanya.

"Ajaaa..Ajaa tolonglah abi." Rengek Ridzwan manja. Tubuh anak kecil itu yang baru mencecah usia 4 tahun diangkat lalu dipeluk.

"Abi ! Ajaa tengah mewarna tu."

Ridzwan tak mengendahkan bebelan anak kecil itu malah dipeluknya makin erat. Berkali-kali pipi comel itu dikucupnya sebelum tapak tangan kecil itu melekap di wajahnya. Sebagai tanda isyarat berhenti.

"Abi mesti ada apa-apa ni kan ?" Tebak anak kecil itu. Hidungnya dikembangkan sebelum hidung Ridzwan dipicit. Ridzwan memuncungkan bibir seraya membuat wajah cemberut.

"Ajaa..Ajaa tolong abi.."

"Abi nak Ajaa tolong apa ?"

Ridzwan menoleh ke dapur sekilas.

"Ibu merajuk dengan abi. Ibu dah tak nak kawan abi. Ibu dah tak nak sayang abi. Hmm.." Rengek Ridzwan mengadu manja dengan anaknya. Hatinya merundum pilu apabila dihalau oleh isterinya saat dia mahu bermanja dengan wanita itu.

Beginilah rutin hariannya dalam menjalani kehidupan berkeluarga. Setiap hari pasti dia akan meluangkan masa bersama dua insan tersayang dan tercinta itu. Kalau Diya merajuk ke marah ke terasa hati dengan dia. Wanita itu akan lebih memilih untuk mendiamkan diri dan bersendiri untuk meredakan rasa tak puas hati dan mengelakkan daripada menghamburkan kemarahan pada si suami ataupun anak mereka. Kadang-kadang bila kena reject tu. Apa lagi. Memang Ridzwan akan mengadu dekat Hajra.

Bagi dia,Hajra dan Diya seakan merupakan dua orang yang serupa tetapi berbeza dari segi usia. Hajra lebih banyak mengikut perangai si ibu. Tak suka membebel. Suka buat hal sendiri. Kadang-kadang tu geram juga tengok Hajra ni. Sifat tidak suka dimanjakan sejak dari kecil telah dipupuk oleh Diya. Hajra pun tidak suka meminta-minta benda yang bukan menjamin masa hadapan (Daddy Farhan kata). Sebaliknya anak kecil ini lebih gemar membeli bahan bacaan. Lagi-lagi bila habis sahaja solat, tiap waktu anak kecil ini pasti akan berlari mengambil al-quran untuk dibaca beramai-ramai.

Pernah lah juga dia memberi tawaran untuk membelikan Hajra anak patung. Juga rumah barbie yang menjadi kegilaan kanak-kanak sebayanya. Namun Hajra menolak sekeras-kerasnya. Bila pergi mall,baru sahaja nak masuk kedai Toys,Hajra awal-awal dah tarik pergi tempat lain. Walaupun dia mampu untuk belikan untuknya. Namun Hajra lebih suka beli benda lain. Pernahlah dia bertanya pada Hajra,

'Ajaa..Kenapa bila abi atau ibu atau tok pa ke sesiapa lah nak belikan Ajaa anak patung ke patung barbie ke Ajaa tak nak ?'

'Sebab..Anak patung kan tak hidup. Tapi kalau abi nak bagi..Ajaa tak nak anak patung. Atau barbie.'

'Habis tu Ajaa nak apa ? Abi belikan. Cakap je.'

'Ajaa nak adik.'

Mahu tercirit dia saat itu juga. Penuh selamba Hajra meminta hajatnya ditunaikan seakan anak kecil itu meminta,

'Ajaa nak ayam.'

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now