Bab 36

7.2K 301 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Hoodie hitam aku sarung ke tubuh. Rambut disisir rapi hingga ke penghujung sebelum penyepit rambut besi diambil lalu dikepitkan di bahagian kiri rambut. Aku tempekkan sedikit bedak compact di bahagian bawah mata. Menutup mata aku yang sembap akibat seharian menangis.

Disebabkan aku beremosi pagi-pagi buta,akhirnya aku terlajak tidur. Dah nak masuk tengah hari masalahnya. Siap dapat missed call daripada Tuan Adam sebanyak 15 kali. Belum lagi whatsapp yang masuk. Memang mesej daripada dia lah yang banyak.

Sebelum aku menapak keluar daripada bilik hotel ni,aku ambil keputusan untuk duduk sekejap di birai katil. Nafas aku hela perlahan.

Aku tak sepatutnya berkelakuan macam ni. Aku tak patut buat Tuan Adam macam ni. Ni percutian atas tajaan kawan abi dia. Sempena hari jadi dia. Tetapi kenapa aku pula yang macam lebih-lebih? Sepatutnya hari jadi dia aku patut sambut dengan mesra. Ajak dia jalan-jalan. Bukan suruh dia layan emosi aku.

Sumpah mengada-ngadanya aku.

Entah bila lah aku nak berhenti daripada terus menyusahkan lelaki sebaik dan sesempurna Tuan Adam ? Apa yang aku nak sebenarnya ? Kadang-kadang aku tertanya. Aku tak letih ke dengan semua ni ?

Mainkan perasaan orang. Buat orang ikut beremosi juga. Hancurkan mood orang.

Aku tak penat ke ?

Ting !

Aku membuka aplikasi whatsapp apabila mendapat satu mesej baru daripada lelaki itu.

'Sayang..Jangan buat saya macam ni.'-11:45 a.m.

Dari awal mesej dia,semuanya seakan dia berasa serba salah dan sering kali memohon maaf. Mungkin dia ingat bila aku tak jawab call dia atau reply mesej dia. Aku merajuk dengan dia. Atau aku marah dekat dia. Mungkin itu andaian dia.

Aku cuma harapkan satu je. Supaya hati Tuan Adam tak berpaling daripada aku. Sebab dia dah lama tunggu aku. Tapi dah saat-saat yang aku rasakan akhir ni lah baru hati aku terbuka untuk dia.

Handphone aku masukkan ke dalam sling-bag sebelum aku silangkan di dada. Setelah kasut sport disarung,perlahan pintu bilik aku buka sebelum terpampang kerutan wajah Tuan Adam.

"Sayang !" Laju dia mendapatkan aku. Kedua-dua bahu aku dicengkam lembut. Haruman minyak wangi maskulin yang melekat pada tubuhnya menusuk lembut rongga hidung aku. Aku..Aku rindu bau ni.

"Sayang..Saya betul-betul minta maaf-"

Bibirnya aku tahan dengan jari seraya sedaya upaya aku cuba melakar senyuman paling manis dan ikhlas. Spontan mendapat reaksi kekeliruan daripada lelaki itu.

"First,saya yang patut minta maaf. Sebab saya terlebih emosi."

"Ap-" Sekali lagi kata-katanya tersangkut apabila aku membuat isyarat berhenti.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora