Bab 60

10.4K 371 3
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Awak tolong butangkan baju saya."

"Kejap." Kertas kerja Ridzwan disusun sehingga kemas lalu diselitkan ke dalam sebuah fail. Sesudah memastikan meja kerja lelaki itu sudah kemas dan teratur,langkah di atur menghampiri Ridzwan yang sedang memperagakan kurta hijau pastel di hadapan cermin.

"Meh sini." Ridzwan berpusing. Jam tangan disarungkan pada tangan kirinya. Diya yang manis bertudung itu ditenung.

"Awak lagi cantik bertudung daripada berfree hair macam sebelum-sebelum ni."

Diya tersenyum sambil tangannya satu-persatu membutangkan baju yang dibeli dari butik FashionValet.

"Sebab tu lah saya bertudung. Aurat saya tertutup. Tapi kecantikan saya hanya untuk awak sahaja. Okay. Only for my legal HUSBAND."

"Terima kasih.." Dahi Diya berkerut. Baju Ridzwan dibetulkan sekilas lalu bahu lelaki itu ditepuk sekilas.

"For what ?"

Tangan Ridzwan melekap pada kedua-dua rahang Diya. Bibirnya terlakar senyuman lebar. Seraut wajah isterinya ditenung satu-persatu.

"Terima kasih sebab sanggup tutup aurat demi saya. Sanggup berhijrah demi saya."

Diya tersenyum saat dahinya dikucup."Kebaikan saya. Kebaikan awak juga. Kalau saya tak mula dari sekarang..Bila lagi ? Nak tunggu sampai kita dah ada anak ? Anak-anak kita dah besar ? Silap-silap dia ikut jejak saya. Berfree hair. Pakai baju dan seluar yang ketat-ketat. Biar orang tengok apa yang sepatutnya suami saya tengok."

"Alhamdulillah saya doakan semoga awak terus bertudung macam ni sampai bila-bila....."

Diya tersenyum."Amiin.."

Eh jomlah..Takut jalan jem."

Ridzwan mengangguk. Bagasi yang diletak di sebelah almari diangkat."D tolong ambilkan kunci kereta dengan wallet saya."

Ridzwan yang sudah melangkah keluar dari bilik itu dipandang sekilas. Tas tangan disangkut di bahu lalu barang-barang Ridzwan dimasukkan ke dalam beg. Saat dia mahu berpusing,baru dia perasan purse nya masih terletak elok di atas meja.

"Nasib baik ternampak. Kalau tak dah sampai Perlis IC tertinggal kat rumah." Diya menggeleng kecil sambil dicapai pursenya. Belum lagi masuk ke dalam tas tangannya,ada sekeping gambar jatuh membuatkannya termelatah kecil.

"Sejak bila pula ada gambar terselit ni."

Diya duduk bercangkung. Gambar yang dah mendarat di atas lantai diambil. Gambar dibalikkan. Automatik tubuhnya kaku melihat gambar itu.

'Awak rindu saya tak sayang ?'

'Rindunya saya dekat sayang.'

Diya ketap bibir saat air mata mula bertakung di tubir mata. Hatinya mula bergelora. Tangannya menggigil kecil. Satu-persatu memori bersama bekas tunangnya mula berputar di ingatan bagaikan kaset rosak yang memainkan layar berulang-ulang.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now