Bab 28

7.1K 303 16
                                    


Scary saya baca komen awak²semua..Mmg ingat nak kahwin kan je Adam dgn Diya tu tpi tu lah nnti dpt sad ending.

Nak ke ?

Tapi kan..Macam best jugak kan kahwin kan dorang. Korang nak plot story emosi ataupun sad ending ?

***

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

"Pa.."

Kasyaf yang sedang tekun membaca risalah mengangkat sedikit muka sebagai tanda menerima sapaan. Ridzwan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengan lelaki itu. Bibir tersenyum kelat.

"Pa..Iwan ingat nak balik rumah opah lah.."

Kasyaf yang mahu membaca kembali terbantut. "Bila ?"

"Sama ada dua minggu lagi atau bulan depan. Tengok lah kalau tak banyak sangat meeting."

Kasyaf mengangguk. Buku di tangannya di tutup."Papa nak ikut."

"Ye ke ?" Ridzwan yang pada asalnya bersandar terus tegak tubuhnya. Bibir melakar senyuman teruja. Ada cahaya yang bersinar di sepasang matanya.

Kasyaf mengangguk seraya bibir tersenyum. Kecil tetapi sungguh bermakna bagi satu-satunya anak lelaki yang dia ada.

"Papa pun dah lama tak jenguk opah dengan atuk. Dan..."

Wajah Kasyaf berubah mendung. Bibir tersenyum kelat. "Papa rindu bau mama."

Ridzwan tertunduk. Penumbuk dikepal erat menahan rasa yang mula menebar di dada. Rindu. Semestinya dia rindu akan si ibu yang nun jauh di alam sana. Rindu akan senyuman yang selalu bertandang di dalam mimpi. Rindu akan raut wajah putih suci yang penuh ketulusan.

Segalanya.

"Iwan.."

Ridzwan angkat muka. Ada bias mendung di wajahnya. Tangannya juga menggeletar kecil. Anak matanya redup. Bila-bila masa sahaja air mata akan mula berkumpul.

"Semalam,papa terserempak dengan Syada."

Dan-dan keluhan kecil meniti di bibir. "Ouh..Ada apa ?"

"Dia nak pergi mekah dengan suami dia. Buat haji. Dia minta doakan dia pergi balik dengan selamat."

"Amiinn.."

Kasyaf tersenyum. Bangga dia melihat anaknya. Seakan perkara yang terjadi sebelum ini bagaikan tidak sedikit pun memberi kesan padanya. Mungkin ya tetapi tak terlalu menunjuk sangat. Biarlah..Yang lepas biarkan lepas. Dia pun dah jadi isteri orang.

"Iwan tak nak cari yang baru ?"

Statik,wajah seorang gadis yang manis tersenyum terlintas di fikirannya. Gelak tawanya. Cara pertuturannya. Semestinya dia,

Diya Dahlia.

Entah kenapa dia yang muncul dalam fikiran. Oh ye lagipun dah berapa hari dia tak berjumpa dengan gadis itu. Niat mahu menelefon tetapi malas pula. Biarlah.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now