Bab 61

9.9K 374 8
                                    


Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Alhamdulillah sampai juga cucu menantu opah.."

Ridzwan tersenyum melihat opah dan atoknya menyambut mesra isterinya. Bagasi yang diangkat diletakkan di atas tangga lalu tangan tua lelaki itu dikucup. Tubuhnya dipeluk lalu ditepuk-tepuk.

"Ya Allah cantiknya isteri kamu Iwan."

Ridzwan tertawa halus. Diya yang memandangnya dihadiahkan kenyitan mata sekilas membuatkan gadis itu cepat-cepat mengalihkan muka.

"Kalau suami dah hensem isteri mestilah cun opah.."

"Amboi..Angkat bakul nampak ?" Usik atok membuahkan tawa mereka semua. Angin malam yang sejuk menyapa tubuhnya. Suasana kampung malam-malam macam ini kalau tidur tak mahu bangun punya.

"Jalan sesak ke tadi Iwan ?"

"Bolehlah.. Kitaorang sangkut dekat Karak tadi."

Opah menarik tangan Diya masuk ke dalam rumah. Ridzwan membuntuti langkah mereka bersama bagasinya. Dia memandang raut wajah mendung isterinya yang terselindung di sebalik senyuman itu.

"Ouh okaylah..Dah tengah malam ni. Iwan rehat-rehatlah dulu dengan Diya. Nak makan dulu tak ?" Soal opah yang sedari tadi tidak mahu melepaskan tangan isterinya. Haih baru jumpa dah ngam.

"Awak nak makan tak ?" Diya menggeleng perlahan. Ridzwan kembali memandang opah lalu tangan Diya ditarik. Nak rampas balik isteri daripada opah. Cemburu tau.

"Tak apa lah opah. Pagi esok je kitaorang makan."

"Ha ye lah. Pergi masuk tidur. Esok pagi opah masak sedap-sedap."

"Terima kasih opah.Atok.." Tutur Diya lembut. Figura opah dan atok yang hilang disebalik dinding pemisah itu dipandang.

Tangannya ditarik masuk ke dalam sebuah bilik lalu pintu dikunci. Figura Ridzwan yang meletakkan bagasi di tepi almari itu dipandang seraya tangannya mencabut tudung daripada kepala dan disidaikan di atas kerusi. Baru sahaja dia mahu menapak ke katil,tubuhnya ditarik ke dalam pelukan seseorang. Spontan Diya mengangkat muka memandang wajah Ridzwan.

"Hmm ?"

Hembusan hangat nafas Ridzwan menampar pipinya. Dia memandang sekilas tangannya yang digenggam suaminya sebelum dahinya menjadi tempat bibir lelaki itu berlabuh. Lama. Seakan menyalurkan rasa cinta dan sayang terhadap dirinya.

Diya memeluk tubuh Ridzwan sekilas sebelum dia kembali mendongak memandang wajah kacak itu yang disinari dengan lampu tidur. Perlahan bibirnya terlakar senyuman kelat.

"Awak okay Ridzwan ?"

"Saya yang patut tanya awak D." Dia terkedu. Kedua-dua mata Ridzwan ditenung. Dia ?

"Awak okay tak sayang ?"

Kaku seluruh tubuh Diya jadinya. Tak berkelip dia memandang Ridzwan. Hujung baju kurta Ridzwan dicengkam kuat. Bibir diketap kuat.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now