Bab 11

9.4K 415 0
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

NC-241/4

Diya Dahlia,

Pintu wad hospital yang beraksara itu aku tolak ke dalam sebelum pandangan aku dijamu dengan sekujur tubuh yang sedang lena tidur. Langkah aku atur masuk ke dalam dengan senyap mengelakkan daripada menghasilkan sebarang bunyi. Bungkusan makanan aku letakkan di atas meja tepi katil pesakit.

Aku berdiri di tepi katil sambil merenung Tuan Adam yang sedang tidur lena. Aku kemam bibir melihatkan keadaannya yang lemah seperti ini. Wajahnya dan bibirnya pucat. Nafasnya turun naik dengan laju. Seakan manusia di hadapan aku ini bukan Tuan Adam yang aku kenal. Lain. Bila dia sakit macam ni memang lain. Aku simpati.

Setahu aku. Tuan Adam baru gerak pulang dari Pahang ke sini semalam. Tetapi petang tadi aku mendapat panggilan daripada abang Tuan Adam yang mengatakan bahawa Tuan Adam dimasukkan ke hospital atas sebab keracunan makanan.

Ingatkan nak jenguk Tuan Adam petang tadi tapi ada masalah lain pula. Tu yang aku cadang datang malam. Tapi Tuan Adam dah tidur. Lagipun jam sudah menginjak pukul 10 malam. Memang padanlah dia dah tidur.

Aku tenung seluruh wajahnya yang pucat. Hampir dua minggu kami tak berhubungan. Berwhatsapp pun tidak apatah lagi bercalling. Aku tak tahu sama ada Tuan Adam marah dengan aku ataupun merajuk dengan aku disebabkan malam hari tu.

Aku tak kisah sebenarnya kalau dia nak risaukan aku tapi kalau dah sampai nak suruh aku berhenti kerja sebab risaukan aku memang tak aku akan buat. Aku sayang job aku. Aku pun tak tahu kenapa dia terlampau risaukan aku.

Aku hela nafas kecil. Selimut aku tarik sehingga ke dada dia sebelum aku melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan dengannya. Tanpa sengaja, kerusi aku bergerak sehingga menghasilkan bunyi geseran.

"Ugh.." Aku mengangkat muka memandang hadapan. Terpisat-pisat Tuan Adam membuka mata sebelum tersentak kecil.

"D? Buat apa kat sini? Macam mana awak tahu saya dekat sini?" Soalnya dengan suara serak basahnya. Berkerut dahi dan matanya terpejam rapat menahan sakit kepala. Dia berpusing dengan cara baring mengiring menghadap aku.

"Saya jaga Tuan ye malam ni. Maaf ganggu Tuan. Sambunglah tidur. Nak apa-apa panggil saya je."

Tuan Adam diam. Dia betul-betul nampak tak sihat. Dan aku..Simpati. Aku tak pernah tengok dia sakit sampai macam ni. Tak pernah tengok dia selemah dan lesu macam ni.

Aku tersenyum nipis. Aku mula rasa tak selesa apabila dia asyik merenung aku tak nak lepas. Aku menunduk bermain dengan jari aku sementara menunggu dia terlelap semula. Tapi dah lima minit berlalu. Dia masih merenung aku dan tiada tanda-tanda mahu terlelap semula.

Aku menghela nafas kecil.

"Kenapa mengeluh?" Aku mengangkat muka memandang dia. Pandangan dia tu terlalu sesuatu. Betul ke Tuan Adam ni memang sayangkan aku?

"Awak marahkan saya lagi ke pasal malam tu?"

Aku menunduk seraya menggeleng. Sepatutnya,aku yang tanya soalan tu dekat dia. Ye mungkin sebab aku tertengking dia malam tu. Dan dia terasa lepas tu merajuk dengan aku. Ye tak?

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now