Bab 53

8.9K 417 7
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya berdehem kecil menutup rasa gugup di hati. Tuala yang tersingkap kemas pada pinggangnya dicengkam lembut. Suaminya yang sedang kusyuk menonton televisyen dipandang dengan perasaan gugup. Bibir bawah digigit lembut.

"Err..Awak." Panggilnya sekali dan terus lelaki itu menoleh. Daripada duduk bersandar terus kepada duduk tegak.

"D..Mana seluar awak ? Kenapa pakai baju je ?"

Diya tersengih kecil. Hidungnya yang tidak gatal digarunya. "Saya.."

"Saya baru lepas mandi..Tapi,"

"Kenapa ? Period ? Nak saya belikan tut-"

"No..Bukan." Diya tergelak kecil."Saya sebenarnya lupa nak bawak seluar lebih. Seluar yang ada semua dah pakai. Awak kata basuh baju seminggu sekali je. Tu yang..Seluar saya dah tak ada."

Tu lah. Seluar berlambak je dekat rumah sewa tu tapi tu lah malas nak bawak banyak-banyak. Ridzwan pun kata nak teman dia untuk kemas barang dan bawa ke sini. Tapi tak tahu bila.

"Jadi ?"

"Saya nak pinjam seluar awak boleh ?" Lelaki itu bangkit lantas televisyen ditutup dan kaki dihayun mendekatinya. Tangannya naik mencekak pinggang lalu bebola matanya meliar dari atas hingga ke bawah memerhatikan tubuh isterinya.

"Pakai je lah tuala tu."

"Mana boleh. Seksi."

Ridzwan ketawa nakal."Saya je yang tengok." Tangannya berura-ura mahu menarik tuala putih yang dibalut pada pinggang kecil itu sebelum tangannya ditampar.

"Saya potong tangan awak tu nanti."

"Okay-okay. Jom naik atas kita tengok seluar saya yang boleh awak pakai." Tangan Diya digenggam lalu ditarik gadis itu naik ke biliknya.

Pintu bilik ditolak ke dalam lalu dikunci semula. Pintu almari yang boleh tahan besar itu dibuka lalu Ridzwan membongkokkan tubuh mencari pelbagai jenis seluar joggerpants sebelum ditarik keluar satu. Seluar itu dibuka lipatannya lalu diperagakan di pinggang Diya.

"Tak muatlah awak. Seluar saya besar. Pinggang seluar pun besar."

"Yang lain ?" Ridzwan kembali membongkokkan tubuh. Satu-persatu seluar ditarik keluar dan diperagakan namun tiada satu pun yang sepadan.

Ridzwan kembali menegakkan tubuh. Tangannya naik berpeluk tubuh sambil bebola matanya meliar mencari seluar yang ada. Nak minta seluar pendek,boxer je lah dia ada. Dia mana suka pakai seluar pendek.

"Macam mana ? Takkan saya nak pakai tuala je malam ni ?"

Ridzwan diam sambil memerah otak mencari idea sebelum sesuatu muncul di fikirannya.

"Awak..Kalau awak pakai kain pelekat saya nak tak ?"

"Kain awak ?"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now