Bab 3

13.2K 534 16
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

Bebola mata meliar ke sekeliling seraya bibir terlakar sebuah senyuman manis. Beg kertas ditangannya dipegang kemas seraya langkah diatur ke sebuah cafe. Memandangkan sekarang merupakan waktu puncak untuk mengisi perut. Alangkah baiknya jika dia singgah isi perut dulu.

Diya menyeluk poket seluarnya lalu telefon bimbitnya yang berbunyi segera dijawab. "Hello."

"D kau kat mana?"

Dahi Diya berkerut. Orang ramai yang menjamu selera di cafe tersebut dipandang sekilas. Tampak berselera ketika makan membuatkan fikiran Diya dihasut dengan pelbagai menu sampingan yang menggiurkan. "Kat mana lagi. Pavilion lah. Asal?"

"Buat apa kat situ?"

Diya menghela nafas."Cari kamera tu lah. Asal telefon aku ni Mia? Aku nak makan ni.." Masa perut tengah berdentum masa tu jugalah Mia datang mengganggu. Hailah...

"Ni..Tadi Inspektor Adam datang cari kau."

Diya terkedu. Hujung rambutnya yang terjuntai diselit dibelakang telinga."Cari aku? Kenapa?"

"Mana lah aku tahu. Dia pesan dekat aku. Kalau kau balik dia suruh kau call dia. Urgent. Dia call kau tadi tak dapat."

Pantas Diya menjauhkan telefon dari telinganya seraya skrin telefon ditatap. Laju jari di slaid ke atas.

5 missed call from Inspektor Adam.


Diya terbuntang. Mesti ada perkara penting yang mahu disampaikan untuknya. Kalau tak,tak ada nya Inspektor Adam sanggup datang rumah mencarinya. Telefon kembali ditekap ke telinga.

"Ha okay-okay. Aku nak pergi makan sekejap. Nanti aku call dia. Kalau dia datang lagi kau call aku dan suruh dia stay sementara tunggu aku balik."

" Ha okay." Talian dimatikan.

Kalau boleh mahu sahaja dia menelefon lelaki yang berpangkat Tuan Inspektor itu. Tetapi apabila terkenangkan telefonnya yang kehabisan data. Memang sukar untuk dia menelefon kembali lelaki itu.

Dia pun satu. Dah tahu kerja on call tu. Lain kali beli lah kredit siap-siap. Ni menyusahkan orang je kerjanya. Haih..

"Huh.." Diya memutarkan bebola mata ke sekeliling mencari meja kosong. Namun satu pun tiada. Keluhan hampa meniti di bibir mungilnya. Ni lagi satu masalah. Sibuk jawab panggilan sampai lupa nak ambil tempat. Sudahnya. Memang tak dapatlah nak makan tengah hari di sini.

Saat Diya mahu berpusing. Matanya statik terhenti pada satu susuk tubuh yang sedang kusyuk menjamu selera di satu sudut. Bibir serta merta tersenyum lebar. Sebaik melihat wajah lelaki itu. Diya berdebar-debar seraya langkah diatur ke meja tersebut. Tanpa meminta izin,pantas punggung dilabuhkan dihadapan lelaki itu.

"Hai.."

Hampir tersedak Ridzwan dibuatnya apabila figura seorang gadis duduk dihadapannya seraya tersenyum menongkat dagu memandangnya. Bibirnya diseka dengan tisu bersih. Dahinya berkerut seribu.

"Err..Macam kenal." Dahi Ridzwan berkerut seribu melihat gadis itu yang setia tersenyum ke arahnya.

Diya tersengih seperti kerang busuk. Tak sangka berjumpa kembali dengan lelaki dihadapannya sekarang ini.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now