Bab 2

15.1K 585 23
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder your work,the luckier you get-

***

"Daddyy!!"

Anak patung penguin dipeluk sambil berbaring meniarap diatas katil menghadap laptopnya. Tercebik-cebik bibirnya meraih simpati sang bapa yang nun jauh di sana. Kerutan di dahi lelaki itu membuatkan raut wajah Diya semakin cemberut.

"Kenapa muka tu..D buat masalah lagi ke dekat Malaysia?"

Seperti sudah agak apa yang berlaku. Diya menekup mukanya lalu kembali menghadap skrin laptopnya yang sedang beronline skype dengan daddy. Tangan naik menongkat kepala.

"Daddy..Bala datang daddy! D tak tahu nak buat macam mana daddy! D takut daddy! Daddy tolong D! Daddy!!"

Daddy menggeleng kepalanya."What you had done D?" Serius wajah daddy membuatkan Diya menelan air liur.

"Daddy..Daddy tolong bank in kan 2 ribu dekat D daddy..Please.."

"For what?"

Diya mengeluh."Daddy..D kan kat Malaysia. Tak payahlah speaking!"

Daddy mengangguk."Okay-okay. Kenapa nak suruh daddy bank in 2 ribu? D nak beli apa? Duit yang daddy bagi dah habis ke?"

"No lah daddy. Ada lagi dalam bank. Tapi tinggal seribu. D perlukan 2 ribu. D-..Alah boleh lah daddy."

"Untuk apa D? Jangan cakap D nak berjimba dekat KL tu? Mia mana Mia?"

Diya mengeluh. Mia pula yang dicarinya."Kenapa cari Mia? Focus on me please daddy! Erghh!" Anak patung penguin itu diramas penuh kegeraman. Kalau skype dengan daddy ni mesti Mia yang dicarinya.

Daddy mengeluh." Daddy nak tahu apa sebab D minta daddy bank in kan 2 ribu untuk D."

"Daddy ni..D minta pun nak berkira ke?"

"Diya Dahlia."

Diya menarik nafas panjang. Macam mana dia mahu menceritakan apa yang berlaku petang tadi. Bagaimana mahu mula?

"D?"

"Daddy..Petang tadi.."

***

Tubuh dihempas kasar di atas katil. Segala lenguh yang membaluti tubuhnya dari pagi hingga lewat malam ini lenyap serta-merta. Keluhan nafas panjang dihela bagaikan melepaskan bebanan yang mencengkam kuat dadanya.

Rindu?

Sayu. Sebak. Pilu. Itu yang dia rasakan apabila batu nisan yang sudah bertukar warna diusap lembut. Saat tangannya lincah membersihkan kubur itu. Saat itu perasaannya bercampur-baur. Berasak-asak ke hatinya sehingga menyesakkan dadanya. Saat air mawar pula dijirus diatas tanah itu. Air mata mengalir keluar dari celah tubir mata. Menggigil tangannya sehingga hampir terlepas jug kaca yang dipegangnya.

"Mama.." Serunya perlahan. Siling bilik ditenung dalam serentak itu air mata mengalir keluar dari tubir mata.

Cemburu apabila melihat ramai anak muda bersiar-siar bersama ibu masing-masing. Dia? Hanya mampu menumpang bahagia. Bestnya ada ibu.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now