Bab 13

7.8K 372 1
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Awak sama macam dia.."

"Siapa?"

Ridzwan diam. Pandangannya berpusat pada aku sepenuhnya. Pandangan tersirat yang dilemparkan membuatkan aku keliru. Aku tak pasti pandangan itu.

"Ex-fiance."

Dush! Kenapa aku rasa hati aku sakit? Dia dah tunang? No maksud aku dia pernah bertunang?

"She's really like you. Atau awak serupa macam dia."

Apa ni? Aku kembar dia ke? Muka kami sama ke? Kenapa dia kata kami sama? Siapa dia?

"Saya seiras dengan dia ke?"

"Your attitude. Sebiji macam dia. Such a attention seeker."

Aku terpana. Bagaikan baru sahaja menerima tamparan maha dahsyat yang tak mampu untuk aku tafsir bagaimana rasanya. Aku sekali lagi terluka.

"Too bad, dia sukakan saya atas sebab harta saya. Saya kaya. Saya mampu belikan macam-macam dekat dia."

"Then kenapa break off?"

Ridzwan menghela nafas berat sebelum menapak menghampiri tebing tasik. Aku kentalkan hati menghampirinya. Aku tahu aku tak sepatutnya terus berada di sini dan terus menerus mendengar tuduhan tak masuk akal dia. Tapi aku nak dengar sendiri cerita dia.

"She's cheated on me. Tidur dengan lelaki lain. Penipu. Berfoya-foya. Materialistik."

Aku nampak Ridzwan mengepal penumbuk. Rahangnya juga diketap rapat. Aku mula tak sedap hati. Jangan cakap dia nak terjun tasik sudah lah.

"Tapi..Kenapa awak buat spekulasi yang saya mungkin serupa dengan ex-tunang awak?"

"Tak mustahil boleh berlaku kalau perangai korang berdua sama."

Kenapa dia macam ni? Dia fikir aku jahat sangat ke macam bekas tunang dia? Dia fikir aku ni tak ada iman ke nak buat semua tu?

"Then you're wrong." Tuduhku dengan nada bergetar. Dia tak boleh tuduh benda yang aku langsung tak buat. Dia tak kenal aku luar dan dalam dan terus hukum aku macam ni.

Apa salah aku?

"Saya tak pernah terlintas pun berkawan dengan awak semata-mata nakkan duit awak. Selama saya keluar dengan awak,ada nampak saya minta awak belanja ke? Ada nampak saya jinjing beg kertas kiri kanan ke?"

Ridzwan tertawa sinis. "Perempuan.. Belum rapat bolehlah cakap macam tu. Belum ada relay boleh lah macam tu. Then bila ada hubungan yang serius,mula lah naik tocang."

Sabar D sabar.

"Dan awak nak cakap this is my first step to get you as my love? Macam tu?"

"Maybe."

"Idiot." Hah ambik. Aku dah geram sangat dah ni. "Awak ingat saya ni nak harapkan awak belanja saya macam-macam? Saya nak awak belikan saya kereta? Saya dah ada kereta sendiri. Saya nak suruh awak belikan rumah? Saya pun dah ada rumah sendiri. Saya nak suruh awak belanja makan? Duit belanja saya sebulan pun masih ada baki."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now