Bab 5

11.5K 462 8
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Sunway Piramid yang terpampang besar dihadapan mata,aku tenung tak berkelip. Dalam hati dah berpusu-pusu perasaan menyerbu. Terbit keluhan kecil terkeluar dari bibir yang dioleskan dengan sedikit lipbalm strawberri. Orang ramai yang menapak masuk ke dalam pusat membeli-belah itu dipandang tanpa minat.

Ini yang aku tak suka ni. Kalau tak terkenangkan seluar jeans yang aku sayang gila-gila tu terkoyak sebab tersangkut dalam mesin basuh. Memang fikir seribu kali aku akan jejakkan kaki dalam Sunway Piramid ni. Bukan tu je,semua pusat membeli-belah yang ada di atas muka bumi ini!

Leceh!

Nak ataupun tak,demi memikirkan malam ni kena attend meeting dekat ibu pejabat. Terpaksalah aku orakkan langkah masuk ke dalam pusat membeli-belah ini. Takkan nak pakai seluar yang koyak kot? Dahlah dekat bahagian peha. Tak pasal-pasal semua terlopong tengok peha aku yang putih lagi gebuss ni.

Hampir 10 minit berjalan, sebuah kedai pakaian H&M segera aku masuk. Secara tiba-tiba otak aku blank. Berdiri kaku ditengah-tengah pintu masuk kedai mewah ini melihat pelbagai jenis pakaian untuk lelaki dan wanita. Keluhan panjang meniti dibibir.

Miaaa!!!

Dalam hati dah merungut habis dah ni. Alangkah bagusnya kalau Si Mia kaki shopping tu aku heret sekali pergi sini. Bibir dah tercebik-cebik ke hadapan seakan mahu menangis. Detik ini adalah yang paling dia benci sekali!

"Selamat datang..."

Aku hanya mampu mengukir senyuman hambar apabila disapa oleh seorang pekerja lelaki. Jap. Bila masa dia berdiri sebelah aku ni? Kenapa senyuman dia tu menawan? Kenapa tahi lalat dekat dagu tu-

Diya fokus please!

"Terima kasih.." Ucapku sehambar yang boleh. Pantas kaki aku hayun ke bahagian yang terdapat seluar jeans wanita. Tiba-tiba rasa gugup apabila lelaki itu masih tak lekang melemparkan senyuman.

Hidung yang tak gatal digaru. Pelbagai jenis seluar dan saiz aku tenung bagai nak tembus. Sesekali air liur diteguk.

"Boleh saya bantu?"

Sepantas kilat aku menoleh ke arah suara itu. Lelaki tadi masih tersenyum ke arah aku membuatkan aku sekali lagi tersenyum hambar. Cukup hambar.

"Err..Saya-"

Lelaki itu tersenyum lagi. Senyumannya bagaikan memberi pelbagai spekulasi yang bakal melontarkan seribu satu soalan maut. Aku menggigit bibir disaat bibirnya terbuka untuk berbicara.

"Awak nak cari seluar jenis yang macam mana? Silk? Cotton? Khakki jeans or slack? Dan saiz seluar awak kalau awak tak kisah? Saya boleh carikan?"

Gulp!

Aku rasa jantung aku dah nak melompat keluar dari jasad apabila lelaki itu tersenyum menawan. Bagaikan ada nur yang terpancar disebalik tahi lalatnya itu.

Tapi masalahnya bukan itu yang bermain-main dibenak fikiran aku diwaktu yang cemas lagi menyesakkan dada ini. Tapi seluar yang harus aku beli dan aku pakai untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat bersama pihak atasan malam ini!

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now