Bab 63

9.7K 362 1
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

"Dah buat report polis ?"

Syazwan menggeleng. "Belum 24 jam. Tu sebab saya call awak. Awak kan bekas polis."

Ujarnya berbaur risau. Sedari tadi lelaki itu berpusing ke sana ke mari. Dengan handphone masih setia dalam genggaman seakan menanti panggilan si isteri.

"Awak tak tahu ke dia pergi mana ? Dan macam mana boleh hilang ?"

"Kalau saya tahu saya pergi sana terus tak ada saya call awak !"

Diya tersentak."Tenang-tenang. Jangan marah."

"Tak saya tak marah." Diya mengangguk mengerti. Orang kalau tengah kusut cakap baik-baik pun dengar macam melenting. Mulut tu kadang-kadang bertindak tidak ikut akal.

"Petang tadi kitaorang kemas rumah. Tengah prepare untuk bilik baby tapi masa tu dia kata dia nak buang sampah. Tapi lepas 20 minit baru saya perasan dia tak masuk-masuk." Keluhan kerisauan meniti di bibirnya. Handphone nya sekali lagi ditenung.

"Dah cari ke sekitar taman ni ?"

"Dah. Luar taman ni pun dah. Tapi tak ada."

Diya termenung sendirian memikirkan di mana keberadaan gadis itu. Dari petang tadi sampailah dah cecah pukul dua belas tengah malam. Tapi..

Diya tersentak. Baru dia teringat sesuatu. Mia !

"Syazwan ! Mia ada call awak tak petang tadi ?"

Syazwan menoleh. Tumpuannya kini pada Diya apabila suara gadis itu seakan berubah nada. Seakan mengetahui sesuatu membuatkan dia melangkah menghampirinya.

"Dia tak bawak phone so tak ada."

"Serius ? Guna phone orang ke public phone ke ?"

"Tak ada."

"Tapi dia ada call saya." Kata-kata Diya membuatkan Syazwan terus duduk bercangkung di hadapannya.

"Dia ada call awak ? Dia ada cakap dia kat mana?"

Diya menggeleng."Tapi situasi dia macam.."

"Macam ?"

"I guess dia kena culik."

"What ?!" Tersandar Diya seketika apabila suara jantan Syazwan berteriak kerana terkejut. Poket seluarnya diseluk lalu handphonenya dikeluarkan.

Hampir-hampir Diya mahu mencarut apabila bateri handphone tinggal 15%. Dan ada satu notifikasi yang diterima membuatkan dia tergemap seketika.

50 missed call from Ridzwan.

Diya ketap bibir. Pasal Ridzwan dia ketepikan dulu. Bukan niat tidak mahu selesaikan konflik ni tapi sekali lagi dia tersepit. Sama ada Ridzwan atau Mia.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now