Bab 49

8.1K 351 12
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

Seminggu kemudian,

Pintu almari besar itu dibuka seluasnya. Buat seketika,aku tergemap sendirian. Merenung sarung kain berwarna hitam yang elok tergantung di dalam almari ini. Sebak kembali bertandang di dada.

Sarung kain hitam itu aku bawa keluar lalu pintu almari kembali ditutup. Sarung kain hitam yang bersangkut hanger aku sangkutkan di atas almari.

Bibir terlakar senyuman pahit sambil tangan perlahan menarik zip kain sarung hitam itu lalu diletakkan ke tepi.

Sepasang baju nikah lelaki berkain silk dan berwarna putih suci.

'The man who will come to be the King !'

'Eh behave sikit perangai tu Tuan !'

Dia tertawa kecil. Mahkota di atasnya yang senget dibetulkan semula lalu langkah diatur merapati aku.

'Cantik lah crown ni sayang. Saya nak beli boleh tak ?'

Aku tersentak.Tudung yang tersarung elok di kepala dibetulkan lipatannya.

'Nak buat apa ? Tuan jangan ngada-ngada ye nak feeling-feeling fairytale.'

Dia tertawa sekali lagi. Rambutnya disebak ke belakang menyerlahkan dahinya yang putih tanpa ada sedikit benjolan.

'Saya nak beli boleh tak ?'

Aku mendengus geram. Songkok yang sedia ada di atas meja aku ambil lalu diletakkan di atas kepala dia.

'Tak perlu crown untuk jadi raja saya. Tuan hanya perlukan songkok untuk jadi pemimpin agama saya.'

Dia memegang dada. Lagak bagaikan kena tembak dengan soalan yang membunuh.

'Deep in heart.'

Aku tergelak.


"I lost my King."

"Forever."

Aku tertawa kecil sambil tangan naik menyeka air mata di pipi yang tumpah. Sejak dua minggu yang lepas,bila aku teringatkan arwah. Aku memang tak boleh berhenti menangis.

Aku cuba untuk terima tapi tak sepenuhnya.

Jumaat ini.

Ikutkan perancangan,kami akan bernikah selepas asar. Tapi tu lah..Aku sendiri tak tahu pernikahan tu akan tetap diteruskan atau sebaliknya. Sebab daddy kata daddy yang akan uruskan.

Perlahan jari jemari aku mengelus lembut baju nikah ini. Masih terngiang-ngiang di fikiran aku saat baju ini tersarung sempurna pada tubuhnya.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now