Bab 39

6.7K 290 2
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Letakkan senjata ! Melutut !"

Bang !

Tembakan dilepaskan ke atas. Suspek lelaki yang sudah cedera di bahagian betis masih berdegil tidak mahu menyerah diri. Pisau dileher kanak-kanak itu ditekan sedikit sehingga aku boleh nampak luka kecil yang terhasil. Budak kecil itu sudah menangis ketakutan.

Aku pandang Inspektor Emir, Adam dan Farid. Masing-masing mengepung belakang suspek dengan pistol di tangan. Memerhati dengan berjaga-jaga. Memastikan dan mengharapkan budak kecil itu selamat.

"Menyerah diri sekarang !"

Setapak Tuan Emir ke hadapan, pisau terus diacu padanya. Leher budak kecil itu dipeluk kuat sehingga terdongak budak kecil itu ke atas.

"Jangan dekat ! Korang dekat ! Aku bunuh budak ni !"

"Go on !"

Cabar Tuan Emir bersama senyum sinis. Dia mara ke hadapan dengan hati-hati. Aku di sini hanya mampu memerhati sambil mengawasi dua lagi suspek yang telah berjaya ditangkap. Cuma yang satu tu je degil sikit.

Suspek mara ke belakang. Diseret sekali budak kecil itu. Bagaikan ada aura,pandangan aku terarah pada seseorang yang berpakaian serba hitam bersembunyi di sebalik dinding. Sedang mengacukan pistol ke arah pihak polis. Aku tajamkan lagi pandangan memerhatikan target tembakan pada seseorang itu. Sebelum mata aku terbuntang.

Silih ganti aku pandang Tuan Adam dan lelaki itu. Tuan Adam tak perasan ! Aku pandang pihak polis yang lain. Ini bermakna hanya aku seorang sahaja yang perasan akan lelaki itu.

No !

Bertindak sebelum terlambat D ! Nyawa Tuan Adam dalam bahaya !

Aku toleh belakang. Memandang suspek yang sedang duduk dengan tangan digari. Dan dikawal oleh Qistina. Aku pandang depan.

Nafas aku tarik dalam-dalam. Langkah kaki dibuka. Dan mata aku masih tak lepas memandang pistol di tangan lelaki itu. Aku bersyukur sangat yang aku tak dikurniakan menjadi rabun. Jadi aku boleh nampak dengan jelas jari lelaki itu sedikit-sedikit menekan picu. Mahu melepaskan tembakan.

Dalam kiraan satu,

Dua,

Tiga !

Aku membuka langkah besar. Berlari pantas ke arah Tuan Adam yang masih memberi tumpuan pada suspek dihadapannya.

"Inspektor D !"

Bang !

Tindakan yang terlalu pantas,tubuh Tuan Adam aku tertolak kuat sehingga kaki aku terpasung dengan kakinya dan kami tergolek-golek sebelum ditahan dengan dinding di parking lot kosong ini.

Serentak itu bunyi tembakan dan arahan daripada pihak polis mula kedengaran. Aku toleh belakang. Pihak polis mula terbahagi kepada dua. Mungkin mereka perasan dari arah mana tembakan itu disasar,jadi Tuan Farid dan anak buahnya bertindak pantas mengejar suspek yang menyorok di balik sebuah tiang tadi.

Manakala Tuan Emir dan yang lain berjaya menahan suspek dan selamatkan budak kecil itu. Mungkin tembakan tadi telah berjaya mengalihkan tumpuan suspek itu.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now