Bab 66

12.9K 390 9
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"D saya minta maaf. Sebab saya awak jadi macam ni."

"Ridzwan-"

"Saya tak patut buat awak macam ni ! Saya minta maaf sayang. Saya betul-betul menyesal-"

Diya ketap bibir menahan air mata daripada tumpah. Tubuh Ridzwan dipeluk lalu belakang lelaki itu digosok-gosok untuk menenangkannya. Ridzwan membalas pelukan seraya menghamburkan tangisannya di bahu isterinya.

Dia tahan semuanya dari dalam kereta lagi. Bila dah sampai rumah terus dihamburkan segalanya. Kalau boleh mahu dia peluk erat-erat tubuh wanita yang dicintainya. Tak mahu hilang buat kali kedua.

"Saya minta maaf.."

Diya mengangguk. "Saya dah maafkan awak Ridzwan."

"Saya-" Ridzwan mengangkat muka. Wajah Diya dipegang dengan kedua-dua belah tangannya lalu bibirnya dilabuhkan di dahi Diya lama. Melepaskan rasa sengsara yang terpendam.

"Saya takut hilang awak D. Depan mata saya awak hampir kena-" Ridzwan tak mampu untuk meneruskan kata-katanya. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Membuatkan Diya juga turut terkesan.

"It's okay Ridzwan. Saya selamat kan ?"

"Saya dah gagal jadi pelindung awak D."

Diya menggeleng. Tengkuk Ridzwan ditolak supaya wajahnya didekatkan dengan wajahnya sebelum dahi Ridzwan pula dikucup. Terasa berdosa kerana membuatkan suaminya risau dan tak tentu arah sebegini.

Ya dia tahu silap dia.

Silap kerana keluar rumah tanpa izin.

Balik KL tak bagitahu suami.

Panggilan suami tak dijawab.

Semua tu silap dia. Kalau semuanya bermula daripada dia. Bermakna segalanya juga berakhir daripada dia.

"Saya dah ada depan mata awak kan ? Jangan menangis lagi. Awak dah jadi suami yang terbaik bagi saya Ridzwan."

"Tapi saya-"

"Awak sayang saya kan ?" Laju Ridzwan mengangguk. Berkali-kali air matanya diseka namun masih tiada tanda-tanda mahu berhenti. Pandangannya berpusat pada lebam di pipi isterinya.

"Jangan buat saya macam ni Ridzwan..Saya dah ada depan awak. Jangan menangis lagi. Saya janji saya takkan tinggalkan awak lagi." Air mata Ridzwan diseka dengan tangannya yang menggigil. Ikutkan hati mahu sahaja dia pengsan di sini. Lupakan apa yang telah berlaku dan kembali sedar tanpa ingat apa yang telah berlaku.

Tapi dia hanyalah manusia biasa. Yang tak mampu mengubah segalanya. Mati hidup balik pun belum tentu dia dapat lupakan semuanya.

Ridzwan menyeka habis air matanya sebelum tangannya naik menyentuh kesan lebam di pipi. Darah yang mengotori wajah isterinya cuba dibersihkan.

"I'm sorry.."

"Awak.."

Ridzwan menarik Diya ke dalam pelukan. Masih lagi terngiang-ngiang bunyi tembakan. Andai kata polis itu tersilap melepaskan tembakan. Adakah isterinya bakal terkorban .

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now