Bab 7

10.4K 480 10
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***


Diya Dahlia,

"Kau nak pergi mana dengan baju kurung ni D?"

Baju kurung kain kapas bercorak floral baby blue aku capai lalu dibawa ke katil. Mia yang dilanda persoalan aku pandang sekilas seraya tertawa kecil. Aku lupa pula yang Mia belum tahu tentang Ridzwan. Jadi..Mesti kena tembak banyak soalan kejap lagi. Macam woody woodpecker mulutnya nanti. Percayalah...

Aku tersenyum nakal."Nak pergi kenduri tahlil bakal suami. Kenapa?"

"Uhuk!" Aku memandang Mia yang terbatuk-batuk. Mangkuk koko crunch yang dipegang sudah bersepah di atas katil aku membuatkan aku terbuntang habis. Waaa bersemutlah katil aku.

"Mia!" Koko crunch yang berterabur aku kutip dan masukkan semula ke dalam bekas. Pandangan tajam Mia sengaja aku buat tak endah. Dia ni pun satu. Makan kat dalam bilik aku pula tu!

"Kau biar betul D? Siapa dia?"

Aku membelek tudung bawal yang sesuai dipadankan dengan baju kurung aku sambil memandang Mia sekilas.

"Ridzwan." Ucapku pendek. Nama yang indah. Orang yang kacak. Masyaallah kiriman tuhan namanya!

"Siapa Ridzwan? Dan...Kenapa dia meninggal?"

Statik mata aku terbuntang luas. Terkejut aku. Siapa meninggal? "Meninggal? Siapa?"

Mia mendengus. Serpihan serdak koko crunch dikutip satu-persatu."Tadi kan kau kata kau nak pergi majlis tahlil bakal suami kau. Jadi..Majlis ni untuk bakal suami kau lah kan?"

Aku menepuk dahi. Bukan sebab Mia lambat tangkap,tapi sebab ayat aku yang kurang jelas. Ye aku sedar aku salah."Bukan dialah yang meninggal. Kalau dia yang meninggal namanya 'Majlis tahlil bakal suami tak jadi.' ni majlis tahlil untuk arwah mak dia."

Jadi,selama ni Ridzwan anak yatim macam aku? Tiada ibu,tetapi ada bapa. Kan? Mungkin sebab kenapa dia jadi seorang yang beku,sebab mak dia? Eh tak mungkin. Tak baik tuduh tanpa bukti.

"Ouh..Tapi kan,siapa Ridzwan tu? Mana kau jumpa? Hensem tak?"

Ha soalan ni secara automatik buat bibir aku melorek senyuman lebar. Pantas aku duduk bersila dihadapan Mia yang mengunyah kembali koko crunch yang dikutip tadi. Nasib tak kotor. Ni yang best. Nak buka gosip dengan Mia. Jarang ada masa dengan Mia memandangkan gadis ini terlalu sibuk bekerja. Waktu malam pula,memang tak lah ada masa bersama. Sebab aku shift malam. Nasib hari ni Mia cuti.

"Ingat lagi tak,mamat yang aku terpecahkan kamera dia tu?"

Lama Mia diam sebelum mengangguk laju. Dia turut mempamerkan reaksi teruja untuk mendengar cerita aku.

"Kan sehari selepas kejadian tu,aku keluar pergi cari kamera yang sebiji-sebiji serupa dengan kamera dia kan.."

Mia mengangguk lagi."Tapi mana kameranya?"

Ha yang ni pun satu. Mia pun tak tahu yang kamera tu sudah selamat pada tuannya. Sian Mia..."Dah bagi kat dia."

"Seriuslah?"

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat