Bab 68

18.4K 433 10
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

***

Diya Dahlia,

"Sayang...Kita balik jom.Abang betul-betul risau ni."

Aku tersenyum. Tangan yang berada digenggaman lelaki itu dieratkan sebelum aku menapak mendekati Ridzwan. Sebelah tangan aku memeluk pinggangnya sambil menghadapnya. Senyuman Ridzwan yang risau bercampur pujukan dipandang.

"Kenapa? Abang dah penat ke?" Soalku lembut. Baru dua jam berjalan-jalan dipusat membeli-belah terkemuka ini. Pantas aku mengelap peluh yang berada disekitar dahi dan tepi dahi lelaki itu. Kesian dia eh..

Aku tersenyum tatkala perut aku diusap lembut olehnya. Pandangan orang ramai didalam pusat membeli-belah itu membuatkan aku tersenyum terharu. Kebanyakan mereka melemparkan senyuman manis. Agaknya tumpang bahagia kot melihat drama romantis percuma kami.

"Sayang..Abang dah risau sangat ni. Sayang dah nak bersalin tapi sibuk nak pergi jalan. Jomlah kita incharge hospital awal. Abang tengok macam dah tak ada rupa orang nak bersalin je."

Aku tersengih. Sakit tu adalah juga. Sepatutnya hari ni kena masuk hospital sementara menunggu waktu bersalin. Tapi bila terkenangkan aktiviti yang sungguh membosankan dihospital,sengaja aku minta Ridzwan pergi jalan-jalan. Constraction? Sudah tentulah ada disaat akhir-akhir sebelum berperang. Tapi setiap dua jam sekali lah.

Aku tersenyum. Walaupun aku rasa bersalah sebab buat encik suami risau yang teramat. Tapi aku tetap tak mahu incharge wad awal-awal. Lepas ni berpantang sebulan. Memang tepu je lah gamaknya dalam rumah tu menghadap segala jenis jamu yang memeritkan malah menyiksakan.

"Sayang.." Aku cuba menyembunyikan senyuman tatkala melihat Ridzwan tak putus-putus memujuk aku. Dia bukan takut aku terberanak dekat sini. Tapi dia kesian tengok aku masih aktif berjalan dengan perut yang besar. Malah riangnya bukan main.

Itu aku. Gementar tu pun ada juga. Tapi bak kata daddy. Kalau kita buang jauh-jauh insyaallah segalanya dipermudahkan.

"Sayang..Kita balik ye?" Aku tersenyum terharu tatkala bibirnya singgah didahi dan di birai kepala. Pinggang aku yang dipeluk Ridzwan turut dikemaskan lalu ditarik semakin rapat dengan tubuhnya.

Ya Allah! Aku terharu sangat-sangat dah ni. Rasa nak banjir juga saat ini. Dengan sentuhan,layan serta kucupannya yang tak pernah buat aku tak berhenti tersenyum. Segala-galanya ikhlas buat aku. Insan yang bertuah memiliki dia dalam hidup.

Tepi pinggang aku diusap lembut seraya Ridzwan mengukir senyuman yang seakan ketat. Risau yang teramat sangat tu."Kita balik ye sayang?" Ubun-ubun aku dikucup sekali lagi.

Waaaa terharunya!

Tangan aku naik melekap didadanya lalu perlahan aku mengusap dadanya menenangkan perasaan yang gundah gulana memikirkan tentang isterinya yang lupa akan dirinya yang sedang sarat mengandung. Kesian juga tengok Ridzwan. Tapi kesian tu tolak tepi. Yang penting aku nak pergi habiskan masa yang ada dengan suami yang paling aku sayang sebelum masa kami akan terluang dengan kehadiran orang baru.

"Abang marah eh D degil tak nak dengar cakap abang?"

Ridzwan menghela nafas berat. Sekali lagi dahi aku menjadi sasaran bibirnya."Abang tak marah. Tapi abang risau ni. Dengar cakap abang eh? Kita incharge wad awal. Abang janji abang teman sayang. Nanti kita solat zohor dan asar sama-sama. Lepas tu kita dating dekat cafe. Nak?" Pujuk Ridzwan selembut yang boleh.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now