Bab 48

7.9K 334 27
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

Diya Dahlia,

562 whatsapp from Adam💕.

Aplikasi whatsapp dibuka. Contact lelaki itu paling atas sekali dan dibawahnya meleret dengan nombor kenalan kawan-kawan aku. Menggigil tangan aku saat aku mahu menekan untuk membaca apa yang dihantar oleh lelaki itu.

Nafas ditarik dalam-dalam,dengan hati yang berat. Akhirnya aku menekan whatsapp itu.


Dear my future wife, I missed you..


"D.."

Mia yang menerpa ke arah aku,sikit pun aku tidak mengangkat muka. Dia mengambil tempat di sebelah aku kemudian bahu aku dipeluk. Kini sama-sama membaca mesej terakhir lelaki kesayangan aku.

Sayang...

On laa...Saya rindu awak ni..Dah lah dua minggu tak jumpa..


Aku ketap bibir tahan sendu. Air mata dah mengalir di pipi serentak bahu aku diusap perlahan. Aku rindu suara dia. Yang tak pernah jemu memanggil aku dengan panggilan sebegitu rupa.

Sayang...

Saya bosan.

On laa !

On laa !

Saya nak call tapi tak ada kredit mueheheh.

Sayang..

Bruhh...

Aku tergelak dalam hati apabila fikiran aku mengimbas kembali reaksi lelaki itu yang mahu mengalah. Dengan bibir tercebir ke depan..Hidung kembang-kempis. Dengan kening dijongket berkali-kali.

Aku rindu sempurnanya dia Tuan Adam Harith.

Okay laa..Saya nak membebel sorang-sorang. Biar phone sayang hang.

Saya nyanyi okay..

Buat kenangan suara saya ni tau.


Ada whatsapp voice.

Ehem.One,two,three..

Petikan gitar mula kedengaran.

Ingin ku luahkan..

Semua..

Namun tak pernah diberi masa..

Ingin ku cuba berterus terang..

Namun tak pernah..

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now