Bab 59

9.1K 375 6
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Hai.."

Diya memuncung bibir sambil menjeling Ridzwan yang selamba memeluknya dari belakang. Tangannya ligat mengupas kulit bawang putih.

Ridzwan tersenyum sebelum pipi kanan itu menjadi tempat bibirnya berlabuh. Bebola matanya bergerak melihat sesuatu yang dipotong sebelum dia meletakkan dagu di atas bahu Diya.

"Awak.."

"Awak marah kat saya lagi ke ?" Soalnya namun sikit pun gadis itu tiada rasa mahu menoleh. Soalannya bagaikan angin lalu ditelinga Diya.

"Awak..Sorry lah.Saya saja je nak kacau awak. Jangan lah marah saya."

Ridzwan membuat memek muka cemberut. "Awak..Janganlah merajuk. Kesian saya tau tak ada orang nak sayang saya. Dah lah malam tadi saya tidur sorang-sorang. Sampai hati awak tinggalkan saya. Kunci pintu pula tu. Hmm..." Makin panjang muncung Ridzwan. Diya mengerling dengan ekor mata seraya tawa yang mula hadir cuba disembunyikan. Bibirnya tersenyum nipis.

"Awak..Maaflah."

"D..Maafkan lah saya. Awak tak sayangkan saya ke ?"

"Awak.."

"Baby.." Terhenjut-henjut bahu Diya menahan tawa yang meletus. Serta-merta pisau yang dipegang terlepas daripada tangan. Ridzwan tersenyum melihatkan gelak tawa dan senyuman Diya.

Akhirnya !

"Eei jangan panggil saya macam tu lah ! Geli- hahaha !"

Ridzwan menggeleng sebelum meleraikan pelukan. Tangan Diya ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan di atas kerusi lalu tubuh kecil itu ditarik supaya berdiri di hadapannya. Sebelah tangannya diselindung di belakang badan manakala sebelah tangan lagi memeluk pinggang ramping itu. Bibir melakar senyuman lebar.

"Nak apa senyum-senyum ni ?"

"Nak morning kiss awak. Pleasee.."

Diya mencebik."Tak nak. Awak buat saya geram dengan awak malam tadi. So no kiss for today."

"Alaaa.." Ridzwan menjatuhkan bahu. Bibirnya dijuih ke hadapan. Raut wajahnya sengaja dimendungkan.

Diya menahan geram dalam hati. "Jom sarapan. Saya dah siapkan." Pelawa Diya namun tidak disahut suaminya. Dia menggeleng menahan geram sebelum belakang leher Ridzwan dipegang.

"Satu je."

Ridzwan tersenyum lebar."Kiss dengan ikhlas sikit. Kalau boleh dengan cinta dan sayang awak dekat saya."

Diya mencerlung geram sebelum bibirnya dilabuhkan di dahi Ridzwan. Dalam hati dia titipkan sepotong ayat buat suaminya agar menjadi pemimpin yang baik kelak.

"Done. Jom sarapan-"

"Kejap." Ridzwan menarik Diya kembali lalu pinggang Diya dipeluk. Dia mendongak bersama senyuman lebar.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now