Bab 57

9.2K 391 4
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,The luckier you get-

***

"Assolatu khairum minan naum.."

Ridzwan terjaga daripada lena apabila terdengar azan subuh yang berkumandang di dada langit. Tangannya naik meraup wajah dan dia menoleh ke sebelah. Isterinya masih lena diulit mimpi.

Ridzwan bangkit dan mencapai tualanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Hampir 15 minit membersihkan diri,dia keluar semula dengan baju t-shirt nipis dan joggerpant yang tersarung pada tubuhnya.

Dia melabuhkan punggung dibirai katil. Selimut yang menutupi seluruh tubuh Diya ditarik.

"D..Bangun solat subuh sama-sama." Lengan Diya yang berlapik baju tidur lengan panjang diurut perlahan.

"D.."

"Hmm.." Diya memalingkan muka sambil menarik selimut menutupi tubuhnya semula. Ridzwan tersenyum nipis. Tangannya naik mahu mengusap kepala isterinya sebelum dia tersentak kecil apabila dahi isteri disentuh.

Panas !

"D panasnya badan awak."

"Hmm.." Dahi Diya disentuh sekali lagi lalu tangannya turun dan menyeluk masuk ke dalam baju dan perut isterinya disentuh. Sama juga. Panas badan isterinya.

"Awak demam ni D. Kita pergi klinik nak ?"

Diya menggeleng. Tak larat dia mahu bangun. Dengan sakit kepalanya yang menyengat. Nak berjalan pun tak terdaya.

Lengan Diya diusap lembut."Bangun ye. Solat subuh dulu lepas tu sambung rehat." Tubuh Diya ditarik lembut memaksa gadis itu bangun. Belakang badan Diya digosok-gosok.

"Saya tak laratlah awak.."

"Tak apa saya pimpin. Awak solat duduk je hari ni."

"Hmm.."

***

Dulang yang berisi makanan dan segelas susu dibawa dengan berhati-hati dan diletakkan di atas meja. Punggung dilabuhkan di birai katil lalu tangannya menyeluk masuk ke dalam gebar tebal itu dan menggenggam tangan isterinya membuatkan gadis itu yang sedang terlena terus terjaga.

"Sorry-sorry." Kepala Diya diusap perlahan. Dahinya disentuh. Lagi lah membuatkan hatinya risau apabila suhunya bertambah panas. Hangat tubuhnya.

Dahi Diya berkerut habis memandang suaminya yang tersenyum nipis menyapa pandangannya. Tangan lelaki itu digenggam erat.

"Awak tak kerja ke ?"

"Tak.Saya ambil cuti."

Diya terbatuk kecil."Pergilah kerja. Tak apa saya okay."

Ridzwan mengeluh. Tubuhnya dibongkokkan sedikit. Meliar matanya memandang seraut wajah pucat itu sebelum ibu jarinya mengelus pipinya.

"Pening sangat ke ? Pergi klinik nak saya risaulah.."

Diya menggeleng. Terpejam matanya apabila dahinya dikucup.

"Makan sikit ye ? Saya ada masak sup cendawan."

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now