Bab 4

11.6K 503 8
                                    

Kau Yang Terakhir

-The harder you work,the luckier you get-

Walkie-talkie yang tersisip kemas di poket belakang seluarnya pantas dicapai lalu dirapatkan ke bibir seraya pandangannya tajam memerhatikan sebuah suites yang menjadi sasaran dalam tugasnya. Nafasnya cuba diatur tenang seraya mengerling sekilas rakan petugas yang turut berada pada setiap 10 kaki darinya dengan senjata masing-masing.

"Roger in one two..D.Roger."

Diya berdeham kecil."Roger koperal."

"Get in one step carefully. Suspek get ready out. Roger."

"Roger koperal." Walie-talkie disisip semula ke poket seluarnya. Handsfree yang terpasang elok ditelinga pantas ditekan menandakan terdapat isyarat memanggil. Bebola mata Diya bergerak-gerak memerhatikan rakan petugasnya yang sudah mula mengambil bahagian masing-masing. Sesekali dua diberi arahan membuatkan Diya mengangguk mengerti.

"Yes Tuan Adam."

" I love you sayang.."

Hampir tercekik air liur Diya dibuatnya. Bibirnya secara automatik tersengih lebar. Berbunga-bunga hatinya sehingga membuatkan tumpuannya pada kerja hilang seta-merta. Sekali dua dia berdeham cuba menghilangkan gugup. Sumpah Inspektor Adam betul-betul buat dia rasa mahu rebah.

" I was in mission Tuan. Jangan sampai saya tembak Tuan."

"Hahahaha..I can see you.."

Diya cuba mengusir perasaan berbunganya itu. Inspektor Adam ni memang betul-betul minta penampar sulung daripadanya. Tunggu kau lepas settle tugas yang satu ni!

"Okay focus D."

"Saya fokuslah ni..Tuan sengaja nak kacau saya!" Bisik Diya sekeras-kerasnya. Pandangan rakan setugasnya yang melempar pandangan tersirat hanya mampu dibalas dengan senyuman nipis. Bukannya mereka tak tahu si abang inspektor yang suka bagi cheese terlebih! Boleh mati orang yang kena tahu!

"As a plan-"

"D watch out!"

Diya terdiam seraya cuba bertenang. Sesuatu yang seakan diacu ditepi kepala membuatkan tubuhnya kaku buat seketika. Kini,rakan petugasnya sudah mula bergerak ke sasaran utama. Diya menyumpah seranah dalam hati. Ni semua kerja Inspektor Adam! Sengaja nak buat dia terleka sehingga tidak sedar koperal sudah memberi arahan. Sumpah memang mati Inspektor Adam kena dengan dia lepas ni!

"So dumb." Diya mengerling lelaki di sebelahnya dengan ekor mata. Lelaki yang berjambang nipis itu tersenyum sinis seraya pistol masih diacu dikepala gadis kecil dihadapannya.

"Bodoh..Being a stupid dumb girl..Aku rasa tak layak kot kau nak jadi polis. Tengah bertugas pun masih nak bercinta."

Kini giliran Diya pula tertawa sinis. Abah lu lah bercinta! "Malangnya.."

"This is not what you think bro." Sepantas kilat tangan lelaki itu dikepak ke belakang sehingga menyeringai suara garau lelaki itu diruangan suites mewah itu.

Dengan kesempatan yang ada,pantas kaki dihayun ke arah tangan lelaki itu yang memegang sepucuk pistol sehingga terlepas daripada tangannya. Pistol tersebut disepak jauh daripada mereka. Sempat Diya mengerling sekilas rakan petugasnya yang turut sedang bergelut dengan anak buah Bang Hai.

Book 2:Kau Yang Terakhir (C)Where stories live. Discover now